Capai Kulit Kepala Bersih - Glam Malaysia

Capai Kulit Kepala Bersih

Oleh: Amira Azman
 
Editor's Pick 2016 (WEB)3
 
Rambut adalah mahkota sang wanita. Bukan itu sahaja, rambut yang luhur juga sebenarnya bermula daripada kondisi kulit kepala yang sihat. Setuju?
 
Punca rambut gugur, helaian rambut menipis dan pelbagai lagi masalah rambut tidak menawan ini adalah berpangkalnya daripada keadaan kulit kepala kita. Jika kulit kepala tidak sihat, maka terhasilnya rambut berminyak dan meleper, masalah kelemumur dan sebagainya.
 
Jika ini terjadi kepada anda, segera mendapatkan rawatan rambut atau juga mula tanamkan semangat untuk merajinkan diri melakukan pupur di rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu. Hal ini kerana rata-rata masih ramai wanita yang tidak menjaga rambutnya sama penting seperti penjagaan wajah.
 
Dengan cuaca yang bahang di Malaysia ini mampu meningkatkan lagi kadar permasalahan yang dialami oleh kulit kepala. Buat wanita yang mahu kekal cantik setiap masa, anda disarankan untuk mencuci rambut setiap hari agar kulit kepala tampil lebih bersih.
 
Semua wanita dan lelaki sudah tentu mengidamkan rambut yang sihat, lebat malah tebal. Maka, kumpulan pakar daripada Aveda telah mencipta produk rambut, Aveda Invati™ Scalp Revitalizer, yang mengutamakan fungsi memulih kulit kepala agar rambut tumbuh sihat dan berseri.
 
Dengan formula teknologi densiplex™ yang dirumuskan daripada adunan segar herba Ayuverdic seperti ginseng serta kunyit organic yang diiktiraf. Rumusannya juga diperkuatkan lagi dengan bahan-bahan yang premium serta telah mendapat pengiktirafan pensijilan Cradle®.
 
Selain itu, bahan lain seperti Vitamin E juga turut terkandung di dalam solusi ini dan berupaya untuk membantu mempercepatkan lagi peredaran mikro berserta sekali dengan amalan urutan terapeutik selepas menyemburnya pad kulit kepala.
 
Ini adalah produk yang disarankan untuk menyelesaikan masalah rambut menipis. Hasilnya akan lebih terserlah jika mengamalkan tiga ritual utamanya iaitu dengan menggunakan Invati™ Exfoliating Shampoo, kemudian diikuti dengan Invati™ Thickening Conditioner dan seterusnya diakhiri dengan Invati™ Revitalizer.
 
Cara mengaplikasinnya adalah dengan menyembur sebanyak 16 kali di setiap seksyen rambut yang telah dibahagikan iaitu pada rambut separa kering. Lakukan dua kali sehari.
 

POST A COMMENT