Gaya Rambut 'Bangs' Anna Jobling, Eyka Farhana Pilihan GLAM Bulan Ini
eyka farhana

Gaya Rambut ‘Bangs’ Anna Jobling, Eyka Farhana Pilihan GLAM Bulan Ini

Apakah persamaan antara Anna Jobling dan Eyka Farhana? Sudah tentu pada gaya rambut bangs nya! We love it! 

Mencari inspirasi dalam menemukan gaya rambut yang lebih segar buat diri bukanlah mudah. Banyak faktor harus diambil peduli. Paling penting sekali, apa jua gaya rambut yang anda cuba, haruslah padan dengan bentuk wajah anda. Ada yang daripada rambut panjang mengurai, tiba-tiba mahukan sesuatu kelainan lalu mengenakan potongan rambut bangs seperti Anna Jobling dan Eyka Farhana!

Beberapa minggu lalu, Eyka Farhana tampil memuat naik foto terkini dengan potongan rambut yang segar dilakukannya. Kelihatan cantik dan manis sekali dengan potongan terbarunya itu membuatkan kami teringat kembali pada gaya rambut Anna Jobling yang kini turut sering dilihat manis dengan rambut depannya itu.

Sehingga ke hari ini, jika kami bertanyakan pada teman-teman yang sudah terbiasa dengan rambut depan yang panjang mengurai, adakah mereka bersedia untuk memotong rambut dengan harapan untuk cipta satu penampilan baharu? Rata-rata mereka ternyata rasa gementar dan takut. Mereka berasa gentar takut diri tidak suka dengan hasilnya, juga takut tidak kena dengan wajah mereka.

See also
Terokai Era Baharu Wangian Rabanne Bersama Power Couple GLAM

Ya, apabila anda sebut perkataan rambut ‘bangs‘, pasti idea yang muncul di dalam kepala adalah potongan mendatar, tebal dengan tiada definisi, sekadar menutupi dahi, bukan? Secara realitinya, banyak gaya boleh dilakukan dengan potongan bangs ini. Ada pelbagai jenis bangs mampu membantu menyemarakkan lagi keseluruhan penampilan anda. Lihat tip di bawah untuk potongan gaya ‘bangs‘ terbaik seperti gaya rambut Anna Jobling.

Seperti Eyka Farhana, Ini Potongan Gaya Rambut ‘Bangs’ Sesuai Buat Setiap Bentuk Muka

#1 Wajah bentuk bulat

Paling sesuai buat anda yang berwajah bulat adalah dengan menggayakan potongan bangs jenis langsir. Dikenali sebagai curtain bangs. Ia mampu membuatkan wajah bulat tampil lebih kurus! Namun potongan ini memerlukan anda untuk sentiasa menjaga dan merapikan agar kekal kemas dan cantik. Tipnya adalah dengan menggunakan pengering rambut kemudian beruskan dengan sikat jenis bulat untuk rambut depan yang lebih bouncy!

#2 Wajah bentuk segi empat dan bujur

Jika anda memiliki bentuk wajah jenis bersegi, GLAM sarankan anda untuk mencuba gaya rambut bangs dengan potongan layer untuk menyeimbangi kelembutan setiap perincian wajah anda. Bukan itu sahaja, gaya ini sesuai buat anda yang memiliki rambut yang nipis juga. Potongan layer mampu memberi efek rambut kelihatan lebih tebal.

See also
Rahsia Awet Muda: Nik Marini

#3 Wajah bentuk hati

Baby bangs adalah potongan yang sempurna untuk anda yang memiliki wajah berbentuk hati! Mungkin anda akan terfikir atau ragu-ragu untuk menggayakan gaya potongan rambut depan yang agak bold dan memberi statement ini. Namun, percayalah bahawa potongan rambut bangs seperti ini mampu memberikan hasil penampilan yang lebih lembut berbanding potongan blunt micro bangs biasa pernah anda lihat di mana-mana sebelum ini. Cubalah!

Cedok Inspirasi Gaya Rambut Bangs Anna Jobling & Eyka Farhana

Eyka Farhana menggayakan potongan bangs dan rambut panjang paras bahu dengan potongan layer yang amat memikat hati. Ternyata Eyka tampak cukup manis dan tampil penuh segar kala bergaya.