Gen-Z Beauty, Individualiti dan Berekspresi - Glam Malaysia

Gen-Z Beauty, Individualiti dan Berekspresi

Sudah masuk tahun 2021, milenial bukan lagi kelompok ‘paling muda’ kini tiba masa generasi-Z mendominasi. Mereka dilihat lebih berani berekspresi dan cuba mengubah tafsiran kecantikan yang dianggap kuno. Malah mereka juga menganggap kecantikan itu tidak haruslah menjadi milik satu jantina sahaja (yakni perempuan), gen-Z mahu semua orang melihat lelaki dan perempuan tanpa mengira bangsa juga seksualiti. Malah ada yang beauty influencer bermula seawal 10 tahun termasuklah @makeuupbyjack yang menjadi antara jurusolek paling muda di media sosial. Dia sendiri punya hampir 500 ribu pengikut. 

INDIVIDUALITI

Berpandukan pemerhatian saya generasi hari ini percaya kepada individualiti, mereka suka tampil berbeza dari orang lain tapi dalam kelompok yang lain pula mudah terpengaruh dengan personaliti media sosial termasuklah selebriti. Majoriti gen-z dilihat tidak kisah dengan kekurangan diri, mereka cuba lari dari definisi kecantikan konvensional. Mereka tidak kisah dengan kekurangan malah mereka lebih berani untuk menjadikan apa yang dianggap sebagai kekurangan sebelum ini sebagai identiti mereka. Dengan kepesatan teknologi, trend mudah menular, dan gen-Z punya kuasa dalam menentukan yang mana trend bakal viral yang mana tidak.

Mereka juga dilihat lebih adventurous dalam bersolek, mereka menjadikan solekan juga dandanan sebagai medium untuk mereka berekspresi juga berkreatif. Dan kerana kemahuan tampil berbeza menyebabkan banyak jenama akur untuk melebarkan lagi pilihan produk mereka termasuklah ton foundation yang lebih banyak warnanya. Dan ini berjaya dibuktikan menerusi kejayaan Fenty Beauty yang muncul dengan 40 ton bedak asas di awal kemuncualnnya, lantas viral. Mungkin ada yang tidak tahu yang Fenty Beauty tidak dipasarkan di China kerana salah satu syarat yang ditetapkan oleh kerajaan China ialah setiap produk yang mahu dipasarkan ke sana mestilah dicuba ke atas haiwan terlebih dahulu. Ia bertentangan dengan prinsip jenama kosmetik milik Rihanna itu. 

Gen-Z Beauty, Individualiti dan Berekspresi
Fenty Beauty by Rihanna antara jenama yang berjaya membawa pengaruh besar kepada Gen-Z

Gen-z menjadikan Instagram juga portal sebagai ‘majalah’ yang akan menjadi rujukan. Apa sahaja trend yang diperkenalkan melalui media sosial atau apa sahaja platform digital akan punya peluang untuk popular tapi jangka hayatnya berbalik kepada kuasa gen-Z juga. Tapi satu yang mengejutkan, walaupun generasi muda hari ini cukup bergantung dengan internet namun dalam hal membeli mereka lebih senang dengan cara konvensional. Mereka lebih senang untuk ke kaunter untuk membelek dan mencuba sendiri sebelum membuat keputusan untuk membeli. Satu kajian di Amerika, 90 peratus remaja di sana lebih selesa membeli di kaunter. 

See also
It's Here! Gucci Beauty Store Bakal Tiba Di Malaysia

Gen-Z juga dilihat tidak seperti generasi sebelum ini yang mana mereka tida terbuka membeli dan menggunakan pelbagai produk asalakan tidak bertentangan dengan prinsip mereka. Mereka tidak setia dan kerana kecerdikan mereka dalam mendapatkan maklumat tentang produk yang ditawarkan mereka hanya mahu membeli yang bagus untuk mereka. jadi hari ini jika anda buka beg mekap generasi hari ini anda akan dapati bermacam-macam jenama. 

SKINTELLECTUALS

Berbanding dengan generasi sebelumnya, gen-Z dikategorikan sebagai skintellectuals yang mana mereka lebih cenderung dalam hal menjaga kulit berbanding solekan. Generasi hari ini dikategorikan sebagai kelompok yang bijak dan terdidik dengan hal-hal penjagaan kulit, mereka cukup menitikberatkan hal bahan yang digunakan, kesan, keberkesanan dan juga kajian sains di sebalik satu-satu produk. Menurut Kajian yang dijalankan oleh Piper Jaffray pada penghujung 2019, jualan kosmetik menurun sebanyak 20 peratus dan antara yang terendah dekad ini, dan peratusan pembelian produk penjagana kulit terus meningkat. 

Antara jenama yang mendapat perhatian ialah Clinique yang tersenarai dalam 10 jenama pilihan generasi Z. Generasi hari ini dilihat pantas dalam mendapatkan maklumat tentang produk yang mereka gunakan dan jika ia berkesan mereka juga tidak lokek untuk berkongsi informasi secara maya. Mereka juga banyak merujuk kepada laman reviu yang dipercayai seperti Beautypedia mahupun Hwahae (portal dari Korea) yang mana kedua-dua portal ini mempunyai pengunjung lebih lima juta orang saban bulan. 

Gen-Z Beauty, Individualiti dan Berekspresi
Emilia Clarke menjadi duta global pertama Clinqiue

Menyedari betapa ‘cerewetnya’ generasi Z, banyak jenama mula memberi perhatian kepada produk yang bukan sahaja berkesan tapi telus tentang penghasilannya termasuklah bahan, proses juga inovasinya. Pembeli muda hari ini misalnya lebih cenderung kepada jenama yang beretika seperti tiada melibatkan haiwan, mereka sukakan bahan organik juga vegan. Situasi ini juga menyebabkan banyak jenama ‘indie’ mula mendapat perhatian seperti Belei iaitu jenama kecantikan milik Amazon juga label milik pelakon Millie Bobby Brown, Florence by Mills cukup diraikan. 

See also
Dye Young, Live Longer

Selena Gomez turut melancarkan jenama kecantikannya sendiri, Rare Beauty. Penyanyi berusia 28 tahun ini mahu setiap orang menerima kecantikan diri sendiri. Baginya dengan kepesatan media sosial hari ini terlalu banyak salah faham tentang definisi tentang kecantikan yang akhirnya menyebabkan banyaknya tekanan yang tidak sepatutnya berlaku. Tulisnya di laman sesawang Rare Beauty, “ I think Rare Beauty can be more than a beauty brand—it can make an impact. I want us all to stop comparing ourselves to each other and just start embracing our own uniqueness”.

Gen-Z Beauty, Individualiti dan Berekspresi
Millie Bobby Brown turret mempunyai label penjagaan kulitnya sendiri, Florence by Mills

Artikel Berkaitan: “Selalu Ingatkan Diri, Setiap Orang Itu Berbeza,”- Bay Doucet

KELESTARIAN KECANTIKAN

Selain cukup prihatin tentang proses penghasilan satu-satu produk, generasi hari ini juga cukup prihatin tentang kelestarian kecantikan (sustainable beauty). Membesar dalam keadaan khazanah dunia yang terancam termasuklah pemanasan global, mereka mahu tahu apakah inisiatif label-label kecantikan dalam memastikan penghasilan produk mereka tidak menambah lara kepada bumi. Berpandukan survey yang dijalankan oleh Nielsen tiga tahun lalu, 80 peratus Gen-Z cenderung menyokong jenama yang prihatin dengan tanggungjawab sosial kepada alam sekitar. Mereka juga menolak produk yang menggunakan bahan yang memudaratkan kulit seperti paraben. Atas faktor ini juga mengapa sambutan kepada produk bersifat organik mendapat sambutan. 

See also
Antara Cinta dan Kebebasan

Artikel Berkaitan: 9 Jurusolek Masa Kini Mesti Anda Follow di Instagram