Get the Look Scha Alyahya di Karpet Merah Venice Film Festival

Get the Look: Scha Alyahya di Karpet Merah Venice Film Festival

She is an icon, she is a legend and she is the moment! Tak puas kami memuji Scha Alyahya tatkala tampak kelibatnya di karpet merah Venice Film Festival buat kali pertama. Solekannya mulus sempurna dioles oleh Khir Khalid, jadi GLAM meminta jurusolek terkenal ini berkongsi how to get the look Scha yang begitu mudah untuk dicipta kembali.

Scha hadir di karpet dengan menyarung persalinan anggun ciptaan Alia Bastamam. Malah menurut Khir lagi, solekan Scha mendapat sentuhan produk daripada jenama Armani Beauty.

Get the Look Bersama Khir Khalid

Foto: Getty Images

Solekan wajah pelakon dan ibu kepada dua cahaya mata ini cukup stunning jadi kami meminta Khir Khalid untuk berkongsi produk yang digunakan serta inspirasi solekan ini.

Solekan Scha di red karpet Venice Film Festival sangat flawless. Boleh tak anda huraikan sikit how to get the look dan produk apa anda guna?

get the look scha alyahya

Foto oleh Khir Khalid

Sememangnya semua tahu Scha is my muse. Makeup yang gorgeous begitu bersahaja itu semestinya menggunakan Armani Beauty. It’s all about the vibes yang membuatkannya lebih terserlah.

See also
Peragawati Kembar di Minggu Fesyen

Just using my favourite Armani Beauty  Luminous Silk Foundation in shade 5, Armani Beauty Eye Shadow Eye Tint (12s) yang mana ronanya sedikit metalik dan Armani Beauty Lipstick Lip Maestro Satin (10). Saya menggunakan semua produk solekan daripada Armani Beauty.

Apakah inspirasi solekan Scha di karpet merah ini?

Solekan paling simple with just statement with bold red lip sudah puaskan hati saya sebagai seorang makeup art di pentas antarabangsa buat Scha Al Yahya.

Karpet merah biasanya lama and akan libatkan banyak flash foto. Apa rahsia/tip solekan Khir guna untuk pastikan Scha looks flawless sepanjang event?

Itulah rahsia keistimewaan yg ada pada #hanyakhirkhalid.

Foto: Getty Images

Scha dikhabarkan menghadiri festival filem Venice untuk filem Poor Things yang dilakonkan oleh Emma Stone dan Mark Ruffalo. Malah dia juga tampil di pertunjukan fesyen Giorgio Armani bersama suami, Awal Ashaari.

Mudah sahaja bukan? Jadi jika anda mahu cipta kembali look yang sama, cuba sahaja produk yang disenaraikan oleh Khir. Pastinya penampilan anda bakal menambat hati ramai.

See also
Nabila Huda In Tokyo: New Adventures New Man

Artikel berkaitan: Pengalaman Cantik Bersama GLAM Beauty Club X Armani beauty