Gincu Harum Semerbak, Warna Kekal Seperti Olesan Pertama - Glam Malaysia

Gincu Harum Semerbak, Warna Kekal Seperti Olesan Pertama

Gincu LANCÔME hadir dengan warna menambat hati kekasih hanya secalit kemas tekstur matte. L’Absolu Rouge Drama Matte Qixi kini edisi terhad.

Koleksi L’Absolu Rouge Drama Matte Qixi

Koleksi L’Absolu Rouge Drama Matte Qixi hadir dengan edisi terhad yang hanya menampilkan tiga warna paling istimewa. Festival Qixi (Double Seventh Festival) yang juga dikenali sebagai Hari Kekasih dalam Festival Tradisional Cina. Festival Qixi sering diraikan pada hari ke-7 setiap bulan ke-7 untuk kalendar Cina.

Pada tahun ini, festival ini jatuh pada 4 Ogos dan diraikan dengan serba istimewa oleh LANCÔME di bawah sinar purnama di malam hari. Tiga warna pilihan utama seperti #196, #274 dan #295 dikemaskini dalam edisi “Décor”

Tiga ikonik rona edisi terhada Qixi 2022 direka dengan inspirasi mewah nan dramatik. Secerah bintang di langit, rekaan bentuk kelongsong gincu umpama galaksi yang menyinari harian anda. Kemasan matte juga digandakan bersama efek lembut bab baldu. Warna kekal lama tidak hilang walaupun seharian dan formula direka khas tanpa mengering bibir.

Lancome 295 French Rendez-vous

Lancome 295 French Rendez-vous

 

See also
Inventive And Confident! Kylie Jenner Ke Hadapan Dengan Menjual Kosmetik Menerusi Vending Machine

“Rona pilihan saya 274 French Tea serlahkan personaliti saya kerana warna seperti milky tea buat bibir tampak lebih kemas dan tebal. Paling saya gemar adalah aromanya harum dan warna kekal seperti olesan pertama,” kata pengarang kecantikan GLAM Julia Azman.

Lancome 274 French Tea

Lancome 274 French Tea

Bukan sahaja rona intensif malah dikayakan dengan ekstrak ros dan disuntik kandungan asia hialuronik untuk kulit kekal lembap dan tidak kering. Dapatkan Koleksi L’Absolu Rouge Drama Matte Qixi di butik kecantikan LANCÔME seluruh Malaysia dengan harga RM135 setiap satu.

Lancome 196 French Touch

Lancome 196 French Touch

Artikel berkaitan Keceriaan Bersama Lancôme Sepanjang Raya