GLAM Beauty Club Pilihan Gen Z - Glam Malaysia

GLAM Beauty Club Pilihan Gen Z

GLAM memperkenalkan platform terkini iaitu GLAM Beauty Club yang juga merupakan landasan utama buat generasi cantik masa kini.

GLAM Beauty Club

Dunia kecantikan itu semakin meluas, semakin membangun dan semakin menakluki setiap wanita seluruh dunia. Di kesempatan itu, GLAM hadir menggerakkan satu komuniti cantik yang pertama kali dilaksanakan iaitu GLAM Beauty Club.

Apa itu GLAM Beauty Club atau ‘GBC’?

GBC merupakan komuniti cantik yang menggabungkan informasi terkini mengenai trend semasa, produk mahupun aktiviti berasaskan kecantikan luaran dan dalaman. Bermula dengan kembara penjagaan diri atau ‘self-care’ yang sering menjadi topik utama setiap individu termasuklah team editorial GLAM. Perjalanan self-care ini bermula sejak musim pandemik tercetus dan apabila di antara kita, buntu berada di rumah dan tidak tahu berbuat apa. Maka,mulalah rutin baharu yang bersifatkan clean dan fresh. Samada rutin penjagaan wajah dan rambut atau perubahan gaya hidup anda. Semuanya merangkumi dalam satu fasa.

GBC ini hanya melalui landasan digital yang juga merupakan inisiatif ‘Future Beauty’ pertama di Malaysia. Bercerita tentang Future Beauty, zaman sekarang terutama era generasi Z ini segalanya di hujung jari. Sebagai pelopor majalah berbahasa melayu mewah, GLAM ini mengambil kesempatan dalam menerokai dunia kecantikan semasa yang dieksplorasikan ke arah digital dengan satu matlamat iaitu berkongsi pandangan cantik antara satu sama lain.

See also
Ibu Justin Bieber Membidas Kenyataan Keluarga Selena Gomez

Tugas seorang Beauty Connoisseur ini sebagai ‘THE VOICE’

Seperti contoh trend clean beauty atau yang berasaskan botanik semakin berleluasa di pasaran. Semakin banyak jenama terkenal menukar direktori kepada sesuatu yang selamat digunakan untuk setiap lapisan umur, warna dan jantina. Malah, dunia semakin bersifat bebas dan terbuka. Selaras dengan perubahan yang diperkatakan, ramai yang menukar gaya hidup mereka kepada sesuatu yang lebih accessible dan tidak rumit penggunaan. Penggemar kecantikan juga makin bijak melihat formula dan kegunaannya, kesan baik dan buruk. Mereka lebih peka dengan apa yang diinginkan

Sejak diwar-warkan baru-baru ini, GLAM Beauty Club menerima pelbagai reaksi positif dari pelbagai lapisan dan juga menarik perhatian ramai termasuklah lelaki kerana kehadiran platform ini bukan sahaja sekadar berkongsi berita cantik tetapi lebih cenderung kepada pengalaman cantik dan intipatinya. Mekanik GBC ini bermula dengan kehadiran barisan ‘Beauty Connoisseur’ iaitu pilihan selebriti atau bintang media sosial cantik, pakar kecantikan tempatan, jurusolek selebriti terkenal dan juga barisan Editorial. Tugas seorang Beauty Connoisseur ini sebagai ‘THE VOICE’ dalam menyampaikan mesej atau matlumat terkini mengenai sesuatu perihal cantik kepada ahli GBC. Mereka ini ialah individu penting untuk memastikan setiap produk atau rawatan yang dilancar sampai kepada ahli GBC dalam pelbagai cara. Seperti konsep mentor mentee, ada prosesnya.

See also
Silas Liew Spring/Summer 2016

GLAM Beauty Club menerima pelbagai reaksi positif dari pelbagai lapisan dan juga menarik perhatian ramai

Lebih menarik di GBC, ahlinya digelar sebagai ‘Beauty Clique’ menerima info kecantikan terkini, terpantas menerusi Beauty Connoisseur. Mungkin secara di laman sosial atau secara on-ground aktiviti bersama. GBC digiatkan secara 360 darjah, kami menampilkan kembali eksklusiviti cantik bersama GLAM seperti Masterclass, Beauty Travel dan sebagainya. Setiap aktiviti ini berlainan mengikut tema bulanan GBC. Dan sebagai Beauty Clique, anda akan menerima pelbagai kejutan dan hadiah yang ekslusif daripada barisan klien GLAM.

Nyatakan siapa yang anda ingin menjadi ‘Beauty Connoisseur’ bulanan anda? Mungkin anda akan bertemu dengan mereka secara eksklusif dan juga berpeluang untuk pergi ke acara tertutup GLAM yang tetamunya bakal buat anda tidak keruan.

Sertailah, langgan dan jangan lupa untuk daftar GLAM Beauty Club hari ini secara percuma untuk mengetahui aktiviti semasa, siapakah Beauty Connoisseur yang terpilih dan bawa pulang barangan kecantikan yang sangat bernilai!