Khasiat Bumi Kunyit Rawat Masalah Kulit - Glam Malaysia

Khasiat Bumi Kunyit Rawat Masalah Kulit

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Khasiat bumi paling mujarab dalam mencegah masalah kulit adalah kunyit. Dikategorikan sebagai herba Assyria, sering digunakan dalam rawatan perubatan tradisional India, Ayurveda. Sehingga kini kunyit dieksplorasikan kegunaannya dengan lebih meluas.

Kunyit sememangnya sangat popular di kalangan orang kita. Sering anda dengar ia dijadikan salah satu bahan masakan yang wajib. Keunikan kunyit kini membuka ruang dalam dunia kecantikan. Menjadi bahan ramuan asli dalam rahsia kecantikan dalaman dan luaran. Namun, jika anda flashback kembali zaman dulu kala, wanita dalam era yang tiada teknologi tinggi ini kebanyakannya memilih tumbuhan semula jadi sebagai ramuan rahsia kecantikan mereka.

Menurut pakar, kunyit punya pelbagai khasiat dan kaya dengan Vitamin C! Tidak hairanlah ia bertindak sebagai bahan merawat kulit wajah secara efektif. Selain bertindak sebagai antiseptik pada luka, tumbuhan ini juga mampu mencegah jerawat pada kulit dan perbaiki sel kulit rosak akibat terdedah pada panahan cahaya matahari.

Kunyit

4 RAHSIA KUNYIT UNTUK KULIT WAJAH DAN CARA PEMBUATAN:

EJEN ANTIMIKROB KECUTKAN JERAWAT

Jerawat pada kulit wajah sering mendatangkan rasa tidak senang pada wanita. Sama ada anda mengalami masalah hormon atau salah guna produk penjagaan kulit wajah.

See also
Selamat Tinggal Kekasih Gelapku, Blackheads!

Cara pembuatan:

Campurkan serbuk kunyit dengan perahan jus lemon atau anda boleh gabungkan bersama yogurt putih dan madu. Oleskan pada wajah selama 10 minit dan bilas dengan air bersih atau air suam.