5 Krim Pelembap Wajah Perlu Ada Bulan Ini - Glam Malaysia

5 Krim Pelembap Wajah Perlu Ada Bulan Ini

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tekstur lebih mengagumkan, gabungan teknologi semakin canggih! 5 krim pelembap wajah ini cetus pengalaman cantik terkini.

Krim Pelembap Wajda

Gambar oleh Getty Images

Bulan ini agak sibuk untuk warga lokal! Yelah baru sahaja selesai sambutan Tahun Baru Cina, Thaipusam. Penjagaan kulit wajah juga kembali tidak teratur, terlepas langkah yang penting. GLAM bariskan 5 krim pelembap wajah perlu anda beli bulan ini.

KIEHLS  

Kiehls Krim Pelembap

Produk ikonik ini dilancarkan pada tahun 2005, krim Ultra Facial merupakan krim pelembap wajah no 1 paling digemari dunia. Ultra Facial Cream menampilkan penghidratan 24 jam, kuasa pengukuhan halangan kelembapan yang unik dan 98.2% bersetuju kulit terasa lebih lembut selepas digunakan. Malah, turut meninggalkan kesan kulit terhidrat dengan serta-merta. Formulanya  diuji secara klinikal untuk membaiki dan menguatkan penghalang kelembapan, menjadikan permukaan kulit berasa lebih lembut, licin dan kelihatan lebih sihat. Apabila digunakan, kulit mengalami rasa lembap segar tanpa rasa melekit atau berminyak. Formulanya yang mengandungi squalene & glikoprotein glasier yang berasal dari buah zaitun. Bertindak melindungi dan membaiki kulit.

See also
Ginseng Penawar Kesejahteraan Kulit

Harga di pasaran : RM209.00/50ml