Kunyit: 1,001 Rahsia Kecantikan - Glam Malaysia

Kunyit: 1,001 Rahsia Kecantikan

Kunyit sememangnya sangat popular di kalangan orang kita. Sering anda dengar ia dijadikan salah satu bahan masakan yang wajib. Keunikan kunyit kini membuka ruang dalam dunia kecantikan. Menjadi bahan ramuan asli dalam rahsia kecantikan dalaman dan luaran. Namun, jika anda flashback kembali zaman dulu kala, wanita dalam era yang tiada teknologi tinggi ini kebanyakannya memilih tumbuhan semula jadi sebagai ramuan rahsia kecantikan mereka.

Menurut pakar, kunyit punya pelbagai khasiat dan kaya dengan Vitamin C! Tidak hairanlah ia bertindak sebagai bahan merawat kulit wajah secara efektif. Selain bertindak sebagai antiseptik pada luka, tumbuhan ini juga mampu mencegah jerawat pada kulit dan perbaiki sel kulit rosak akibat terdedah pada panahan cahaya matahari.

Model Jourdan Dunn turut tidak ketinggalan mencuba masker kunyit.

4 RAHSIA KUNYIT UNTUK KULIT WAJAH DAN CARA PEMBUATAN:

EJEN ANTIMIKROB KECUTKAN JERAWAT

Gambar oleh Google Images

Jerawat pada kulit wajah sering mendatangkan rasa tidak senang pada wanita. Sama ada anda mengalami masalah hormon atau salah guna produk penjagaan kulit wajah.

See also
Petua Mudah Untuk Mengurangkan Tanda Penuaan

 

Cara pembuatan:

Campurkan serbuk kunyit dengan perahan jus lemon atau anda boleh gabungkan bersama yogurt putih dan madu. Oleskan pada wajah selama 10 minit dan bilas dengan air bersih atau air suam.

 

MENCERAHKAN KULIT WAJAH

Gambar oleh Google Images

Kandungan antioksidan dikatakan membantu kulit daripada kusam dan menjadikan kulit lebih sihat dan bersinar.

 

Cara pembuatan:

Campur serbuk kunyit dengan madu dan susu sehingga sebati dan terbentuk masker. Sapu pada kulit wajah selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Boleh dilakukan seminggu sekali.

 

MENGURANGKAN KEDUTAN HALUS

Gambar oleh Google Images

 

Sinaran UV buat kulit wajah senang berhiperpigmentasi dan garisan halus semakin kelihatan. Kunyit dikatakan menurunkan risiko kulit penuaan dan memperbetulkan struktur pada kulit wajah.

 

Cara pembuatan:

Campur serbuk kunyit, tepung beras, susu dan tomato yang dilumat halus, gaul sebati dan sapukan pada kulit wajah selama 30 minit lalu bilas dengan air bersih.

 

MENGURANGKAN KULIT BERMINYAK

Gambar oleh soapqueen.com di Google Images

Kulit wajah sememangnya memerlukan minyak kerana dapat menghindari kulit daripada terdedah kotoran dan kering. Namun, jika ia berlebihan juga mengundang ketidakselesaan. Kunyit membantu mengawal kehadiran minyak pada kulit dengan efektif

See also
Covid-19: Beauty Sleep Kukuhkan Sistem Imunisasi?

Cara pembuatan:

Campurkan serbuk kunyit dan air perahan limau nipis atau lemon. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.

Tonton klip video oleh Beauty Guru, Promise Phan