Merah Itu Ikonik! Burberry Kisses Pilihan GLAM - Glam Malaysia

Merah Itu Ikonik! Burberry Kisses Pilihan GLAM

Burberry Beauty kembalikan fenomena gincu berona pusam bersama barisan terbaru Burberry Kisses yakni bertekstur matte.

20 warna pilihan untuk Burberry Kisses

20 warna pilihan untuk Burberry Kisses

Kembali bersama tekstur matte serba klasik yang memberi impak luar biasa kala memakai. Burbery Beauty memperkenalkan koleksi terbaru Burberry Kisses yang kini boleh didapati dalam tekstur kemilau matte yang kaya dengan asid hialuronik untuk keselesaan berpanjangan.

Belakang tabir bersama Fran Summers

Belakang tabir bersama Fran Summers

Kala bercumbu tanpa penuh sangsi. Setiap pilihan rona gincu ini mewah bersama pigmen warna serba intensif. Disebalik latar belakang warna penuh terang , kempen bertemakan The Red meraikan kecantikan timeless yang menampilkan Fran Summers serta jurugambar oleh Suffo Moncloa.

Burberry Kisses Matte direka khas untuk meninggalkan kesan tahan lama sepanjang hari dan formulanya serlahkan warnanya hanya dengan sekali calitan. Setiap warna disuntik dengan aroma bunga ros segar dan pengalaman cukup sensual. Pilihan warnanya pula hadir dengan 20 rona mewah berada dalam kelongsong emas, sebanyak 4 warna pilihan GLAM yang mampu bangkitkan mood yang juga warna signature Burberry Kisses. Matte The Red No. 106, Matte Russet N0.93, Matte Soft Pink No.12 dan Matte Burgundy No.102. Matte The Red No. 106, Seperti dipakai oleh Fran Summers dalam kempen, serba klasik, bold dan sempurna untuk personaliti dualis. Rona pusam merah ini serlahkan mood elegan nan sensual.

See also
Meraikan Keriangan Bersama GUESS Bella Vita Rosa

Artikel berkaitan Duta Kecantikan Global Baru Burberry: Iris Law

Koleksi istimewa ini sudahpun berada di pasaran dan dijual di kaunter kecantikan Burberry Beauty Parkson, Pavilion dan SOGO KL. Juga di Sephora Fahrenheit88, KLCC dan 1Utama.