Moisturizer Untuk Kulit Berminyak & Berjerawat, Ini Pilihan GLAM

5 Moisturizer Untuk Kulit Berminyak & Berjerawat

Selain daripada kulit wajah sensitif, masalah kulit berjerawat dan berminyak juga sering membelenggu ramai wanita. Namun, kepada anda yang mempunyai masalah kulit wajah seperti ini, jangan anggap moisturizer adalah musuh pertama anda! Mari GLAM kongsikan 5 moisturizer untuk kulit berminyak dan berjerawat. 

Moisturizer adalah salah satu skincare penting untuk digunakan pada wajah anda dan menjadikan rutin penjagaan kulit harian anda. Tanpa menggunakan moisturizer pada kulit yang berminyak dan berjerawat, kulit wajah anda boleh mengalami dehidrasi.

Untuk pengetahuan anda, pelembap wajah berfungsi untuk melindungi kulit wajah daripada kering, mengawal pembentukkan sebum dan membantu untuk memberi kulit wajah kelihatan segar dan lembab. 

Memilih moisturizer untuk kulit berminyak dan berjerawat tidak boleh sebarangan. Ianya kerana, jenis kulit ini memerlukan produk pelembap dengan formula dan tekstur yang betul.

5 Moisturizer Untuk Kulit Berminyak Dan Berjerawat

Memilih moisturizer untuk kulit berminyak dan berjerawat tidak boleh sebarangan. Ianya kerana, jenis kulit ini memerlukan produk pelembap dengan formula dan tekstur yang betul.

Lihat 5 moisturizer untuk kulit berminyak dan berjerawat yang anda boleh cuba jika mempunyai masalah ini.

See also
GLAM Deko Destinasi - Gaya Scandinavian

1. Innisfree Bija Trouble Lotion

Innisfree Bija Trouble Lotion merupakan moisturizer untuk kulit berminyak yang memiliki formula sangat ringan, cepat meresap, dan sesuai untuk jenis kulit wajah berminyak.

Innisfree Bija Trouble Lotion merupakan moisturizer yang memiliki formula sangat ringan, cepat meresap, dan sesuai untuk jenis kulit wajah berminyak.

Selain itu, Willow bark extract dalam pelembap ini membantu proses eksfoliasi sehingga sel kulit mati dan dapat membuang bakteria di wajah.

Bukan untuk sahaja, bija seed oil dapat menutrisi kulit dan memberikan rawatan intensif pada kulit yang berjerawat.

2. Cicapair Tiger Grass Color Correcting Treatment

Cicapair Tiger Grass Color Correcting Treatment moisturizer untuk berminyak dapat sembunyikan parut jerawat dan memulihkan kulit wajah.

Cicapair Tiger Grass Color Correcting Treatment merupakan produk yang merawat all in one. Moisturizer terbaik dengan formula yang dapat sembunyikan parut jerawat ini juga bertindak untuk memulihkan kulit wajah.

Moisturizer untuk kulit berminyak dan berjerawat ini juga kaya dengan bahan ekstrak tanaman Cordary Houttuynia dan Yarrow .

Ia berfungsi untuk menjaga kelembapan kulit wajah. Bukan itu sahaja, ia juga berfungsi untuk melindungi kulit daripada habuk atau persekitaran.

3. Clear Skin Daily Moisturizer Alpha-H

Alpha-H yang dipanggil Clear Skin Daily Moisturizer dirumus bukan sahaja untuk merawat jerawat secara optimum tetapi juga mampu menutrisi kulit wajah.

See also
"Mahkota" Kurang Konvensional Cara Delevigne!

Mengandungi bahan seperti hyaluronic acid, tea tree oil, green tea dan 10% glycolic acid, pelembap ini juga berfungsi untuk menghilangkan parut jerawat dan mengecilkan pori-pori.

4. Cetaphil Pro Oil Control Moisturizer SPF30 118ml

Moisturizer ini terbukti secara klinikal berkesan menyerap minyak dari kulit. Ia mempunyai tekstur yang ringan, tidak berminyak dan dilengkapi dengan teknologi Micropearl yang meninggalkan kesan “matte” pada wajah.

Formula 3-dalam-1 membantu mengawal pengeluaran sebum, menghidrat dan melindungi kulit muka dengan SPF30.

Produk Cetaphil ini mempunyai keupayaan untuk mengurangkan masalah kulit wajah yang kering, kasar dan paling penting ia sangat sesuai untuk anda yang mengalami masalah jerawat pada wajah.

5. Klairs Calming Midnight Blue Cream

Klairs Calming Midnight Blue Cream moisturizer untuk kulit berminyak dengan harga berpatutan

Moisturizer terbaik ini sangat sesuai untuk masalah kulit wajah yang berminyak. Ia datang dalam krim rona biru cerah dan diperkaya dengan ekstrak chamomile. . Selain itu, ia juga sesuai untuk kulit sensitif yang terdedah kepada jerawat dan sering mengalami kemerahan.

Ekstrak Chamomile mempunyai keupayaan untuk memulihkan kulit dan meningkatkan penjanaan semula kulit. Kandungan Centella Asiatica dalam produk ini juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit wajah yang iritasi dan meradang.

See also
Ratu Pop, Madonna Muncul Semula Di Radar Muzik!

Punca Kulit Wajah Berminyak Dan Berjerawat

Sekiranya anda mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat, ini mungkin punca-punca utamanya:

  • Sebum brlebihan
  • Hormon
  • Faktor genetik
  • Terdedah kepada bakteria
  • Stress
  • Kelenjar tersumbat
  • Penggunaan skincare yang kurang tepat

Artikel Berkaitan : 5 Serum Untuk Kulit Berminyak Agar Wajah Kekal Menawan