Inilah Pengilat Kuku Tepat Margot Robbie dalam Adegan Kasut Barbie - Glam Malaysia

Inilah Pengilat Kuku Tepat Margot Robbie dalam Adegan Kasut Barbie

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Demam Barbie semakin mencetus fenomena! Ini warna pengilat kuku Margot Robbie untuk Barbie.

Fenomena Barbie menular sampai berjangkit ke team GLAM! Kami di sinipun ingin cantik seperti Barbie! Pelancaran filem ini telah dipenuhi dengan banyak detik-detik yang tidak dapat dilupakan, banyak jenama fesyen dan kecantikan menampilkan koleksi terhad Barbie!

Kuku Margot Robbie Barbie

Tetapi apa yang menarik minat saya adalah adegan Margot Robbie melangkah keluar dari kasut dan menjinjit dengan kaki dengan lengkungan sempurna.

Menurut Ivana Primorac berkata solekan badan merupakan kunci utama untuk mencipta rupa patung Barbie.

Adegan ini menjadi ikonik dan tular sehinggakan ramai artis termuka dunia pun turut meniru adegan yang sama. Seperti dilihat daripada Chrissy Teigen, Shay Mitchell dan Dua Lipa turut tidak terlepas untuk meniru. Menerusi temu bual eksklusif Margot Robbie, dia berkongsi ceritanya mengenai adegan ini tidak menggunakan kaki berganda. Hanya memerlukan masa untuk menjinjit sempurna sambil memegang palang agar posisi kakinya seimbang.

See also
GLAM Alter Ego: Sebuah Analogi Seni Solekan

Menurut jurusolek rasmi filem Barbie, Ivana Primorac berkata solekan badan merupakan kunci utama untuk mencipta rupa patung Barbie yang serupa. Untuk Margot Robbie dia memiliki tubuh badan yang sempurna dan memudahkan sesi pengambaran. Untuk riasan kukunya, dia menggunakan pengilat kuku Naked oleh Glossify warna natural, nude dan berkilat mencipta dimensi seperti kuku sihat seperti patungnya.

Sebelum mewarnakan kukunya, Primorac akan melakukan proses penggelupasan, membersih dan melembapkan kulit sekitar kaki dengan sempurna. “We paid extra attention to that, rather than making any of our cast members look plastic and fake,” kata Ivana Primorac. Ini pilihan warna kuku GLAM.