Anna Jobling Dan Selebriti Dengan Solekan Paling Menawan Minggu Ini

Anna Jobling Dan Selebriti Dengan Solekan Paling Menawan Minggu Ini

Mari lihat dan perhati beberapa selebriti dengan solekan paling menawan supaya menjadi sumber inspirasi wanita di luar sana!

Sebagai pembuka tajuk ini mari kita terdahulu ketahui apa itu solekan. Solekan merujuk kepada seni dan teknik penggunaan kosmetik pada wajah seseorang. Solekan melibatkan penggunaan pelbagai produk kosmetik seperti bedak, pemerah pipi dan sebagainya. Penggunaan solekan juga mempunyai sejarah tersendiri yang bermula dari Mesir Purba. Orang Mesir Purba diketahui telah menggunakan solekan sejak awal 4000 sebelum Masihi. Lelaki dan perempuan menggunakan solekan bagi upacara keagamaan dan sebagai salah satu bentuk ekspresi diri. Zaman dulu solekan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti tembaga dan bijih plumbum untuk solekan mata.

Solekan selebriti pastinya menjadi ikutan dan tular apabila selebriti itu sendiri kelihatan anggun dan berseri di ruangan karpet merah. Banyak selebriti yang kita lihat kini mempunyai signature tersendiri dalam solekan. Solekan juga bantu seseorang itu dalam mempunyai watak tersendiri. Solekan selebriti biasanya tidak sempurna tanpa kehadiran makeup artist mereka. Solekan yang berjaya dan cantik adalah solekan yang mengekalkan rupa dan kecantikan asli seseorang itu. Solekan yang berlebihan boleh membuatkan seseorang itu kelihatan janggal dan tidak selesa, ini membuatkan penggunaan solekan yang bertujuan untuk menambah keyakinan menjadi sebaliknya.

See also
Ini Gaya Anna Jobling & Selebriti Lokal Bercuti Di Luar Negara

Nasihat kepada pembaca GLAM supaya pilih solekan yang bersesuaian untuk kulit. Jangan gunakan produk yang tidak pasti kandungannya. Sebelum menggunakan sesuatu item yang baharu disarankan untuk melakukan patch test supaya perkara yang tak diinginkan berlaku. Lebih menarik lagi untuk minggu ini, GLAM ingin kongsikan 5 selebriti dengan solekan paling menawan pilihan kami!

5 Solekan Paling Menawan Minggu Ini Pilihan GLAM!

1) Anna Jobling

Solekan Paling Menawan

Solekan berani pembanyang mata merah dengan sedikit sentuhan editorial membuatkan Anna Jobling kelihatan sempurna dengan gaya yang di bawa ke Anugerah Most Gempak baru-baru ini. Gincu nude yang dipandankan membuatkan look itu lebih serdahana dan tidak terlalu kontra. Solekan daripda Shiyo Joo membuatkan Anna Jobling kelihatan anggun dan mempersonakan lengkap dengan metallic corset yang digayakan.

2) Daiyan Trisha

Solekan Paling Menawan

 

Si jelita Daiyan Trisha tampil bagai bidadari dengan wajahnya yang mengenakan solekan klasik smokey eye. Baru-baru ini Daiyan ada memuat naik sebuah foto dalam sosial media dengan menggayakan gaun potongan a-line serba hitam dengan perincian manik emas berkilauan dibahagian atas pinggang. Gaya dan solekan pada gambar ini kelihatan secocok dan anggun pada Daiyan. Penggunaan pembayang mata berona gelap semestinya pilihan yang bijak yang membuatkan look ini timeless.

3) Selebriti Dengan Solekan Paling Menawan Minggu Ini: Eyka Farhana

Solekan Paling Menawan

Gaya solekan Eyka Farhana tidak pernah mengecewakan. Eyka bijak dalam memadankan solekannya dengan look yang dibawa. Kali ini, dia menggayakan persalinan gaun putih bersama rambut yang di ikat sanggul. Solekan dan penggayakan rambut kelihatan secocok dan bersesuai dengan majlis yang dihadiri. Pastinya solekan glamor dengan sapuan gincu merah jambu muda membuatkan Eyka Farhana tampil sangat cantik di mata kami.

See also
Raikan Tahun Baru Cina Dengan Kemegahan Lancôme di Pavilion KL!

4) Anzalna Nasir

Solekan Paling Menawan

Kehaadiran Anzalna Nasir pasti menjadi perhatian ramai di mana-mana. Ini adalah sewaktu Anzalna menggayakan baju kurung moden dan dimaniskan lagi dengan pemakaian tudung bawal. Solekan yang menyerlahkan keserian kulit wajahnya Anzalna dan pembayang mata yang sedikit gelap membuatkan Anzalna kelihatan ayu apabila dipandang. Pemilihan rona yang dikenakan dalam solekan ini juga bersesuaian dengan tema dan color pallete majlis yang dihadiri. Kombinasi gaya peragaan dengan solekan yang ayu ini merupakan satu kombinasi gaya yang cukup sempurna!

5) Sweet Qismina

Solekan Paling Menawan

Menawan! Satu perkataan yang menggambarkan wanita ini saat menghadiri pembukaan butik Kate Spade di TRX baru-baru ini. Hadir dengan solekan minimal namun fokus diberikan pada solekan mata. Sweet mengenakan celak dengan gaya cat eye langsung memukau setiap mata yang memandang.