Setting Spray Solekan Ini Menjadi Pilihan Utama Beyonce

Inilah Setting Spray Beyonce Guna Sepanjang Tour!

Solekan Beyonce ketika Renaissance World Tour telah menjadi bualan hangat di media sosial kerana solekannya yang kekal utuh sepanjang konsert berlangsung!

Beyonce atau nama samaran yang dipanggil ramai ‘Queen Bey’, kini sedang melangsungkan Renaissance World Tour nya sejak bulan Mei lalu. Konsert ini menjadi salah satu konsert yang digilai ramai untuk tahun ini kerana persembahan sepenuh jiwa dengan look yang cantik oleh Beyonce. Peminat sememangnya menyukai anything about Beyonce!

Ramai yang memuat naik gambar Queen Bey kerana terpegun dengan kecantikan beliau. Solekannya turut menjadi bualan kerana tahan walaupun melakukan persembahan ketika hujan di Washington DC. Namun, ramai yang terkejut apabila mengetahui setting spray yang digunakan dalam solekan tour Beyonce sebenarnya common untuk orang ramai miliki!

On ‘Til Dawn Mattifying Waterproof Setting Spray

Ini Setting Spray Yang Mengekalkan Solekan Tour Beyonce

Foto: ONE/SIZE

Setting spray yang menjadi tanda tanya itu ialah On ‘Til Dawn Mattifying Waterproof Setting Spray! Pada mulanya, Rokael yang merupakan jurusolek tour kepada Queen Bey, berkongsikan di laman Instagram nya dengan kapsyen “Rain or Shine Bey did her thing!!!”.

See also
Uniqlo Mengugut Untuk Keluar Daripada Amerika Syarikat

Lalu mendapat perhatian ramai dimana setting spray yang digunakan adalah daripada produk jenama ONE/SIZE oleh Patrick Starrr.

Apa yang menarik tentang setting spray ini? Kandungan bahan yang digunakan memberikan penyelesaian tekstur menyerap minyak dan membantu mengecilkan pori. Ini menjadikan setting spray ini ringan dan tidak melekit pada kulit.

Nota wangian seperti teh hijau, timun, citrus dan tembikai juga memberikan rasa segar. Paling seronok sekali, ia mampu menghasilkan kemasan matte yang kabur dan flawless.

Selain itu, ianya hebat dalam mengunci solekan untuk bertahan sehingga 16 jam. Hujan? Berpeluh? On ‘Til Dawn Mattifying Waterproof Setting Spray adalah jawapannya!

Tidak pasti jika setting spray ini masih berada dalam stok kerana ONE/SIZE turut memuat naik gambar persembahan Beyonce di akaun Instragram rasmi mereka.

Wajah Beyonce yang terpampar dengan solekannya yang kekal utuh itu mendapat pujian dan ramai yang meminta untuk restock semula produk kecantikan itu. Setting spray ini kini menjadi salah satu hot item dalam produk kecantikan.

Jika Queen Bey boleh kekal sempurna walaupun melakukan persembahan dalam hujan, maka ia pasti bertahan untuk solekan buat para peminat dunia kecantikan juga!

Artikel Berkaitan: Guna Ini Untuk Solekan Tahan Lama