Solekan Ideal Untuk Majlis Black Tie Pilihan GLAM
black tie

Ini 7 Solekan Ideal Untuk Majlis Black Tie Pilihan GLAM!

Bercakap mengenai majlis bertemakan Black Tie, ia bukan sahaja memberi fokus kepada dress code, solekan di wajah juga perlu perlu diberi perhatian. Mari lihat 7 solekan ideal pilihan GLAM untuk digayakan ke majlis Black Tie. 

Untuk menggayakan solekan majlis Black Tie sebenarnya tidaklah terlalu rumit dan anda boleh tampil glamor tanpa mengeluarkan belanja terlalu mahal pada servis mekap. Tiada salahnya jika anda ingin menggayakan solekan simple seperti dengan hanya menggayakan glos bibir, maskara serta gincu tebal kegemaran anda.

Memetik temubual jurusolek, Claudia Betancur, bersama Byrdie,

“Pentingnya dalam mencapai solekan sempurna adalah dengan menghasilkan solekan yang tidak tebal dan melampau. Saya juga sukakan penampilan elegan yang mampu menyerlahkan ciri seseorang yang mana ia boleh dicapai melalui highlight dan pembayang. Jika memilih untuk memfokus pada solekan kening, kita boleh menyerlahkan bibir, atau jika mata yang menjadi tumpuan, selebihnya boleh dirias secara semula jadi.”

Gambar : Google

7 Solekan Untuk Ke Majlis Black Tie Yang Menjadi Pilihan GLAM

Jika anda masih buntu untuk memilih solekan apa yang sesuai untuk anda gayakan, jangan risau, kami kongsikan 7 gaya mekap paling ideal untuk anda cuba buat majlis bertemakan Black Tie ini.

See also
Kilauan Berlian Richard Mille Nan Menggoda

1. Solekan nude

Gambar: Huda Beauty

Kami sangat menyarankan look ini jika anda mahukan gaya keanggunan yang klasik bertemakan rona palet nude. Pilih untuk bermain dengan solekan mata dalam rona natural smokey. Sebagai contoh, gunakan pembayang mata rona nude dan krim bersama layangan penggaris mata hitam dan maskara. Selain itu, konturkan bahagian rahang wajah dan tulang pipi dengan bronzer dan lapiskan gincu bibir rona nude merah jambu. Kami sarankan untuk anda mencuba solekan ini jika anda menggayakan busana rona putih, merah, hitam, nude juga merah jambu.

2. Solekan bold and bright! 

Gambar: Google

Jika anda mahukan sesuatu yang lebih memukau, kami cadangkan untuk anda memberi fokus pada solekan bibir. Rona bibir bold dan bright boleh dipadankan bersama solekan mata yang minimal. Ini bagi mengelakkan keseluruhan look anda pada malam itu kelihatan berlebihan. Solekan ini amat sesuai untuk anda yang memilih untuk menggayakan busana rona hitam. *Bibir rona merah, dapat mengenakan nada yang serius untuk all the right kinds of drama!*

3. Solekan nude glossy

Gambar: Google

See also
Konsisten Dalam Penjagaan Wajah Untuk Kekal Muda Berseri

Bibir yang glossy berkemilau dipadu bersama solekan garis mata adalah cara yang cepat dan mudah untuk membentuk satu look solekan acara formal yang sempurna. Sentuhan seperti ini sesuai dan mudah untuk sesiapa sahaja dan boleh dipadankan dengan mana-mana rona gaun pakaian. Bukan itu sahaja, look ini sangat sesuai untuk kelihatan natural tetapi classy. 

4. Shades of Pink

Gambar: Google

Jika anda lebih sukakan keanggunan yang lebih lembut, anda boleh mencuba solekan merah jambu untuk kelihatan feminin lagi romantis. Gunakan palet rose gold bersama shimmer di mata dan meletakkan pembayang pipi yang dramatik. Jangan lupa juga layangkan gincu jenis glos pada bibir.

5. Brown & Sensual

Gambar: Google

Brown lips tampak sensual dan mempersonakan dan boleh digandingkan dengan pelbagai rona busana. Anda boleh tambah bronzer pada rahang wajah dan tulang pipi dan meletakkan kemilau pada mata atau menambah rona bronze. Serta, cipta solekan wing eyeliner yang dramatik untuk tampak lebih anggun.

6. Structured Eyeliner

black tie

Gambar: Google

See also
Mengapa Wartawan Diminati Kerabat Diraja?

“Untuk tona kulit jenis olive, pembayang pipi rona koral yang berkilau boleh menjadi tumpuan utama. Dilengkapi dengan pembayang mata yang hangat dan maskara bersama bibir peach yang lutsinar,” kata Betancur. Pastikan anda menggunakan celak tahan lama untuk hasil solekan yang lebih berstruktur dan tidak comot. Bukan itu sahaja, tambahkan pembayang pipi jenis creamy untuk dapatkan efek solekan yang dewy.

7. Peachy

black tie

Gambar : Google

Solekan peach boleh menjadi sebagai satu solekan rona merah jambu yang baharu. Pada kami, gaya solekan ini amat sesuai digayakan buat anda yang memilih untuk menyarung busana glamor rona hitam. Daripada tatarias yang soft dan pastel buat pembayang mata kepada bibir yang dioles gincu glos, solekan tema peachy ini sangat sesuai buat anda yang ingin kelihatan natural tetapi masih tampak glamor.