Trend 'Quite Luxury' Semakin Popular

Trend ‘Quite Luxury’ Semakin Popular Dalam Dunia Kecantikan

Trend ‘Quite Luxury’ ini semakin popular dikalangan pencinta kecantikan. Semakin viral di media sosial, tahukah anda makna sebenar terma ini?

Kita selalu mendengar terma ini dalam dunia fesyen apabila ramai yang mula memilih untuk menggayakan jenama-jenama yang mengetengahkan ‘quite luxury’. Bukan itu sahaja, trend ini turut dikatakan bakal menjadi hit untuk tahun 2023. Buat anda yang masih belum mengetahui dengan lebih jelas lagi apakah sebenarnya makna di sebalik trend ini, ayuh kami kongsikan dengan lebih terperinci.

Dalam erti kata yang lebih mudah, pendekatan yang diambil oleh peminat fesyen terhadap penciptaan gaya peribadi namun dalam gaya yang lebih low-key dan tidak menunjuk-nunjuk. Sepanjang sejarah dunia kehidupan terutama fesyen, kemegahan menjadi ukur tanda kekayaan seseorang itu. Penggayaan barang kemas dan perhiasan diri yang mana lebih besar rupa bentuknya, akan menjadikan si pemakai lebih hebat dan bergaya berbanding yang lain. Tidak dinafikan kemewahan hari ini masih diukur melalui jenama yang disarung namun dunia semakin berubah apabila ramai yang semakin memilih untuk menggayakan fesyen minimalis. Kata mereka, money talks, but wealth whispers.  

Jika ditanya, apakah jenama ‘quite luxury’ yang semakin mendapat perhatian kini? Ramai bersetuju, label seperti The Row, Khaite, Bottega Veneta, Max Mara, Toteme dan Jil Sander adalah yang jenama yang tampil dekat dengan cita rasa mewah generasi muda kini. Namun, itu dari persepsi fesyen, bagaimana pula trend ini apabila dikaitkan dengan dunia kecantikan?

See also
Cedok Inspirasi 5 Gaya Fesyen Ameera Khan Pilihan GLAM

Trend ‘Quite Luxury’ Mula Mendominasi Dunia Kecantikan

A luxury that we keep for ourselves… Seperti fesyen begitu juga ianya diadaptasikan di dalam dunia kecantikan. Wanita yang digambarkan mengamalkan gaya hidup sebegini lebih mengutamakan penjagaan diri walaupun mereka ini adalah seorang wanita berkerjaya dan sibuk seharian. Mereka ini bijak tampil mewah kala bergaya dalam bersolek dan mementingkan penampilan sofistikated secara semula jadi. Dalam erti kata lain, menyerlahkan segalanya yang asas.

Namun segalanya terpulang kepada setiap individu bagaimana mereka mahu mengolahkan terma ini dan menyuntiknya dalam rutin kecantikan mereka. Ada diantaranya yang mengklasifikan ‘quite luxury’ ini menerusi gaya hidup mereka seperti memfokuskan kepada kesihatan kulit wajah dan rehat yang nyenyak dengan tidur di atas bantal yang disarung pelapik sutera. Ada yang memilih untuk memastikan diri kekal wangi, berkeyakinan dan kekal diingati menerusi semburan wangian mewah. Do you get it? 

Pempengaruh digital seperti Sofia Richie adalah IT-Girl terkini dan menjadi kegilaan ramai anak muda hari ini. Gaya signatur slicked-back bun dan kening yang dirapi mewah ini mencerminkan gaya ‘quite luxury’ dalam dunia kecantikan. Sofia Richie tidak lokek mengajar bagaimana untuk bergaya dengan penggunaan produk kecantikan mudah dapat berbanding pergi ke salon. Jika dilihat di media sosial hari ini, estetika kecantikan yang ditampilkan amat menarik perhatian dan secara langsung memberi kontribusi kepada trend ‘quite luxury’ ini.

Mudah untuk kami rumuskan, di dalam dunia kecantikan ini, jika anda lebih mementingkan untuk menikmati gaya hidup sihat dengan pengamalan rutin kecantikan yang berkekalan dan senantiasa berdisiplin, anda adalah pengamal trend kecantikan mewah dalam estetika anda yang tersendiri. Itu yang paling tepat untuk digambarkan bagi anda yang ingin memulakan gaya hidup seperti ini. Bagaimana pembawakan anda dalam mencipta karakter ini adalah penentu kepada lambang kemewahan mengikut signatur anda sendiri. Itu yang buat orang sekeliling lebih terinspirasi.

‘Quite Luxury’ Kit Untuk Anda Praktikkan!

#1 Slicked-back bun

Quite Luxury

Instagram: Sofia Richie & Hailey Bieber

#2 Sikatan Kening Semula Jadi

Quite Luxury

Instagram: Patrick Ta (Gigi Hadid)

#3 Nude Lips (Glos & Matte)

Quite Luxury

Instagram: Sherry Amin & Negin Mirsalehi