Datin X: Gosip Bercinta Dengan Orang Istana

Datin X: Gosip Bercinta Dengan Orang Istana

woman11Gambar: Arkib GLAM

 
Perlumbaan mencari pasangan dalam dating circuit dikalangan high society di Kuala Lumpur hari ini amat kompetitif. Datin X kenal ramai wanita yang ada rupa, ada empayar perniagaan sendiri tapi masih sendiri di usia 30-an. Sampaikan kena matchmake, itu pun susah nak menjadi. Kata wanita-wanita ini, lelaki berasa intimidated walau mereka enggan mengakuinya. Lelaki bila egonya tercalar, mulalah cari fasal dan perempuan lah yang menjadi mangsanya. Buang masa dan tenaga saja!
 
Tapi percayalah, bukan wanita saja yang terasa tekanannya, malah pihak lelaki pun terkena tempiasnya. Ya, benar… bilangan wanita bujang melebihi lelaki. Sudahlah lelaki sedikit, yang gay pun berlambak juga. Maka makin terhadlah pilihan yang ada buat wanita. Tapi lelaki pun kena tahu yang wanita hari ini tak pandang pun lelaki poket kosong. Sebab itulah kalau terpaksa berebut dengan isteri orang sekali pun, mereka sanggup!
 
Gosip Bercinta Dengan Orang Istana
 
Selebriti kahwin kerabat satu jenis gosip yang agak overrated. Ini bukan lagi era fairytale 1980-an. Pada zaman moden ini, bini bakal raja Britain pun kasutnya tak bertukar dan pakai high street brand saja. Rakyat marhaen lebih berharta dari yang duduk atas takhta. Dan kebelakangan ini bertiup kencang di media massa dan elektronik mengenai gosip selebriti nak ‘join’ istana. Datin X nak tanya balik, so what’s the big deal? Entah apalah yang nak diribut-ributkan.
 
Gosip yang sedang meniti di bibir semua orang sekarang ini mungkin lebih menarik dari biasa sebab selebriti yang nak kahwin raja ni agak hot dan selalu kontroversi. Bila cerita ini mulai diketahui ramai, mereka yang berkenaan pula ambik pendekatan untuk tutup mulut. Katanya sensitif tak boleh bercerita tapi ada juga sebabnya kenapa tiada kenyataan rasmi… because it really is not happening!
 
Memanglah khabarnya selebriti itu kononnya ‘dirisik’ orang besar, tapi bukan individu yang diwar-warkan oleh semua. Tapi jejaka istana yang katanya sedang memancing cinta selebriti ini pun bukan calang-calang orangnya. Walau apa pun, awal-awal lagi Datin X nak ucapkan tahniah. Semoga hubungan mereka betul-betul ‘menjadi’ dan berakhir dengan perkahwinan. Sama cantik, sama padan. Bertuah badan!
 
Dalam senyap juga, seorang lagi wanita jelita igauan ramai yang memang sudah lama bercita-cita mahu duduk istana, rupa-rupanya dalam senyap sudah agak lama bermain tarik tali dengan seorang lagi kerabat diraja. Khabar terbaru memberitahu, dia confident yang dia bakal dipinang malah rela bermadu. Datin X respect sangat dengan wanita ini sebab ingatkan dia dah putus asa. Rupa-rupanya dalam diam dia masih lagi gigih berusaha dan sekarang nampaknya impiannya bakal menjadi kenyataan. Tapi kena betullah aturan langkahnya dan jangan pecah lubang. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Usah nanti gigit jari pula macam yang seorang lagi sebab umur pun bukannya muda lagi. Sila belajar dari kesilapan ya dik!
 
  *Dipetik dari GLAM Oktober 2014
 
 

See also
Sazzy Falak, The It-Woman