GLAM Exposé: Dilema Isteri Apabila Suami Bernafsukan Lelaki Lain - Glam Malaysia

GLAM Exposé: Dilema Isteri Apabila Suami Bernafsukan Lelaki Lain

Sudah lama saya tidak menghubungi teman saya yang satu ini. Dulu kami akrab di zaman universiti tetapi semenjak dia berumah tangga, kami sudah jarang berhubung. Almaklum komitmen sebagai isteri, semestinya suami menjadi keutamaan dan yang lain-lain sudah menjadi kedua dan ketiga. Apabila dia bergelar ibu kami semakin jauh. Satu hari tiba-tiba dia WhatsApp mahu berjumpa, pelik tetapi saya gembira kerana terlalu merinduinya. Rupa-rupanya saya dikhabarkan yang dia sudah bercerai. “Siapa perempuan yang merosakkan rumah tangga you?” Air mata dia terus berderai laju dan dalam nada tersekat-sekat dia menjawab, “He had an affair with a guy…” Ya Tuhan, tersentak saya mendengarnya. I have no words to describe her feeling.

expose mei 2016
Jujurnya ini bukan pertama kali saya mendengar kisah sebegini. Ya benar, jika ada pihak ketiga dalam rumah tangga ia amat mengecewakan waima pasangan sudah bersumpah untuk tidak mengulangi lagi. Luka itu akan masih terkesan di relung jiwa. Tetapi bagaimana pula jika suami bermain kayu tiga dengan lelaki lain, apakah rasanya? Luluh jiwa dan raga, menangis sampai air mata kering pun rasa sakit masih mencengkam di hati. Mahu bertanding bagaimana lagi? Mahu cantik? Mahu kuruskan badan? Tidak. Dia tidak terpikat pada kecantikan atau keseksian wanita. Itu semua bukan menjadi tagihannya. Nafsunya mendambakan jantina sejenis. What would you do when your man loves another man?

Kategori lelaki sebegini selalunya adalah biseksual tetapi lagaknya seperti heteroseksual (lelaki straight). Gerak-gerinya memang tiada siapa sangka dia bernafsu pada insan sejenisnya. Tetapi lelaki seperti ini sering berselimut dengan 1,001 muslihat. Ada yang sekadar mahu berkahwin kerana zuriat atau mahu tutup aktiviti rahsia mereka daripada terbongkar! Tetapi ada juga kes-kes isteri yang terang lagi bersuluh sudah mengetahui nafsu songsang si suami tetapi hanya mendiamkan diri. Mungkin kerana mereka malu pada masyarakat, tidak dapat menerima hakikat atau hanya memujuk hati dan bertahan demi anak-anak. Percayalah deritanya lebih teruk berbanding suami yang ada hubungan dengan wanita lain. Glam Expose kali ini membongkar percintaan sulit sang suami dengan lelaki lain.

Kalau orang tengok pasangan ini, mesti mereka cemburu. Kerana mereka sangat romantis bersama. Si suami tidak segan silu untuk berkucupan dengan isteri di depan khalayak mahupun sewaktu menghadiri majlis. Begitulah mesranya pasangan ini. Semua wanita yang memandang pastilah makan hati kerana si isteri sepertikan mewah dengan kasih sayang daripada suami. Tetapi cerita hitam di sebalik kebahagiaan pasangan ini adalah, suaminya bernafsu kepada lelaki dan isterinya mengetahui perkara itu. Tidak mahu kecoh jadi dia ambil tindakan untuk tidak berbuat apa-apa. Tetapi derita yang ditanggung akhirnya terbongkar juga apabila suaminya sah menghidapi HIV positif akibat perbuatan terkutuk. Si isteri terus failkan fasakh. Luah si isteri, “When I think about our years together, it’s bittersweet. Although I wish I’d listened to my inner voice the first time I sensed my hubby was a gay.”

Saya diceritakan kisah ahli perniagaan muda ini yang berkahwin dengan lelaki gay. Yang benarnya dia sendiri tahu sejarah suaminya yang terkenal di kalangan sosialit kota sebagai gay bottom tegar iaitu sewaktu usia suami sekitar 20-an dulu. Tetapi lelaki ini nekad cuba untuk berubah dengan bercinta dengan ahli perniagaan yang sekarang menjadi isterinya. Awal perkahwinan sewaktu ‘bersama’, he couldn’t get it up dan lama-kelamaan dia akhirnya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami. Malangnya selepas beberapa tahun berubah tabiat lama berulang kembali dan si suami mempunyai hubungan sulit bersama lelaki lain. Hubungan terlarang itu masih berlanjutan walaupun setiap tahun si suami mengerjakan umrah bersama isteri. Sama ada si isteri mengetahui hal ini ataupun tidak saya tidak pasti. Saya rasa mereka bahagialah daripada penelitian gambar-gambar yang dipaparkan di Instagram.

See also
5 Selebriti Berkongsi Pengalaman Menghidap Kanser Payudara

Wanita ini dulunya Datin, tetapi sanggup tinggalkan Datuk kerana mabuk cinta dengan ekspatriat berbangsa Itali. Sibuklah Datin ini membandingkan betapa romantis suami barunya ini berbanding bekas suami. “Ah, tak ada title datin pun tak apa, ekspatriat pun poketnya tebal! Selain berduit, mereka kacak dan romantis!” Cerita bekas Datin ini pada teman-temannya. Sehinggalah satu hari ini temannya menghantar gambar lelakinya sedang berkucupan dengan lelaki lain di kelab gay. Akhirnya si suami bangsa Itali yang dibangga-banggakan ini pun mengakulah bila isterinya pun sudah naik gila bertanya bermacam-macam soalan. Katanya dia berkahwin kerana senang mahu mendapat kerakyatan Malaysia. Apa nasib badan, suami dah baik-baik ditinggalkan. Pangkat Datin pun dah melayang. Mahu tak mahu demi duit dia merana bersuamikan lelaki gay. Bekas suaminya pun sudah bernikah dengan wanita jauh lebih muda daripadanya dan sudah berpangkat Datuk Seri hari ini.

Puan Seri yang satu ini sibuk sangat mahu anak terunanya berkahwin kerana usia sudah 35 tetapi masih bujang. Kata anaknya kalau mahu dia berkahwin, carikan dia wanita biasa-biasa saja tak mahu yang glamor. Senang cerita, perempuan kampung. Untunglah gadis kampung terus cuci kaki duduk rumah agam. Saya kenal isterinya kerana pernah mewawancara dalam segmen interior rumah. Cantik, pandai memasak dan walau wanita kampung tetapi berpelajaran tinggi. Sempurna. Tapi siapa sangka di sebalik senyuman manis hatinya menelan kebenaran yang terlalu pahit. Cerita dia pada saya, suami tidak pernah menyentuhnya, dan apabila Puan Seri sibuk mahu cucu, akhirnya wanita ini mengandung. Dan satu hari ini dia terbaca mesej daripada teman lelaki suaminya mengamuk. “How can she be pregnant if you don’t have slightest lust for her! Well, I hope it’s a baby boy!” Seram sejuk tangannya membaca mesej di telefon suami. Air mata bercucuran tak payah ceritalah. Selepas itu memang hubungan dingin kembali seperti sedia kala dan nafkah batin tidak pernah diberi lagi. Selalulah si isteri terjumpa kondom dan alatan seks yang disembunyikan suami. Mesej-mesej daripada lelaki lain semuanya berbaur lucah apabila diintip di telefon bimbitnya. Puas dia berhias cantik untuk menggoda suami namun usaha itu semua sia-sia belaka. Dan lebih sedih dia takut anak tunggal mereka ketahuan identiti sebenar si ayah. Kasihan wanita ini teraniaya bersuamikan lelaki bernafsu songsang.

See also
Esentrik: Gaya Baharu Bella Hadid

Dan kisah percintaan doktor yang menjalinkan hubungan dengan pereka fesyen ini memang diketahui semua. Acap kali menghadiri parti pasti mereka berdua tampak berkepit. Yang sedihnya doktor yang sudah berusia 50-an ini punya isteri dan anak. Tetapi kalau di majlis -majlis fesyen dia tidak pernah membawa isteri sebagai plus one. Dan pasangan gay ini pun pandai mengatur strategi di hadapan keluarga doktor. Isteri dan anak-anak menganggap pasangannya itu teman baiknya. Sehinggalah mereka melancong ke luar negara sekeluarga pun diheretnya sekali pereka fesyen ini. Apakah si isteri tahu tetapi pura-pura tidak mahu ambil pusing kerana takut hati terluka? Terbaru saya diceritakan seorang teman yang pereka fesyen ini sekembalinya dari umrah sudah bertaubat. Lucunya doktor ini pula panas punggung kerana pereka fesyen ini sudah tidak membalas panggilannya dan tidak lagi mahu berjumpa dengannya.

Teringat saya satu kisah sosialit ini. Dia berkahwin dengan Mat Salleh warga Amerika dan dikurniakan tiga anak dan menetap di Amerika. Tetapi rumah tangga mereka mulai berantakan apabila Mat Salleh itu rupa-rupanya bercinta dengan lelaki lain. From I do, to I’m done! Dan lebih tragis akhirnya si suami berkahwin dengan teman lelakinya dan membawa lari ketiga-tiga anaknya yang juga warganegara Amerika. Anak-anak itu dibela si ayah dan pasangan gay tersebut. Tentu-tentulah mereka tidak dibesarkan sebagai Islam. Tinggallah sosialit ini terkapai-kapai kehilangan suami dan anak-anak sekali gus. Kesedihannya sedikit terubat kerana hari ini dia sudah berkahwin lagi dan mempunyai dua anak bersama suami baru. Sudah bertahun kita tidak mendengar cerita mengenai selebriti dan pengacara ini. Dia memang disegani dengan perwatakannya yang ceria. Ya, industri tanah air begitu merinduinya. Entah kenapa dia terus menghilangkan diri. Dulu ke mana sahaja dia pergi si suami sentiasa di sampingnya, menguruskan perjalanan seninya. Desas desus mengatakan dia menghilangkan diri apabila mengetahui suaminya gay. Kerana terlalu kecewa dia membawa hati yang lara ke luar negara. Dan khabarnya tidak pulang ke tanah air sudah bertahun-tahun lamanya.

See also
Liam Hemsworth dan Miley Cyrus Batalkan Perkahwinan

Dalam kes ini, jalan terbaik kepada suami isteri ialah melalui proses kaunseling. Selalunya isteri yang mengalami situasi ini akan bersikap murung dan rasa rendah diri pada kebolehan diri. Mereka juga akan susah mempercayai sesiapa pun di sekitarnya. Ramai pakar psikologi yang menangani kes ini memberitahu saya yang si suami boleh berubah seratus peratus. Semuanya terpulang kepada individu itu. Fokus dan konsentrasi suami kepada lelaki perlu ditangani dengan beberapa teknik. Sekiranya isteri memilih untuk berdiam diri masalah ini tidak akan selesai sehingga bila-bila. Dan akibatnya isteri akan merana dek kerana suami tidak berkeinginan untuk melakukan hubungan seks bersama isteri sebaliknya mendambakan ‘lelaki’ untuk melampiaskan nafsu seks mereka. Cuba berjumpa pakar kaunseling dan berkongsi masalah yang membelenggu diri. Buang jauh-jauh rasa malu untuk bercerita hal sebenar. Usah gusar kerana rahsia anda selamat di tangan kaunselor.

Teks: Tengku Ashley Hassan