GLAM Exposé: Kemaruk Sekolah Swasta, Sosialit Sanggup Dibelit Hutang - Glam Malaysia

GLAM Exposé: Kemaruk Sekolah Swasta, Sosialit Sanggup Dibelit Hutang

Sudah menjadi fitrah ibu bapa mahu menyediakan yang terbaik buat anak-anak. Kalau nak diikutkan mereka mahu menjolok bulan dan memetik bintang untuk diberikan kepada anak masing-masing. Begitulah diibaratkan tingginya nilai kasih sayang insan yang bergelar ibu dan bapa, sanggup berkorban apa juga untuk anak mereka. Beruntunglah anak-anak yang lahir di dalam keluarga yang kaya. Ya, celik saja mata di muka bumi the baby is ensured the best quality of living.

Kalau si ibu boleh bergaya dengan helaian Burberry, Dior, Versace dan lain lain lagi jenama mewah si anak turut digayakan dengan pakaian jenama mewah sejak bayi lagi. Kalau nak difikir-fikirkan semula, apalah yang anak kecil tahu mengenai pakaian jenama mereka yang berharga ribuan Ringgit itu. Up, it’s not the baby. It’s the parents who has to maintain their social standing. Bersaing dengan anak-anak golongan atasan lain terlalu banyak protokol yang perlu diikuti. Oh tentunya persaingan tidak sampai di situ sahaja, ia berlanjutan kepada gaya hidup termasuklah di mana mahu menyekolahkan anak. Sebagai ibu bapa dan kebetulan kaya mereka mahu menghantar anak-anak mereka bersekolah yang menyediakan sistem pembelajaran yang terbaik dan bertaraf antarabangsa.

Selain kekayaan yang menjadi lambang kesuksesan hidup, anak-anak turut menjadi trofi kebanggaan yang mahu dijulang oleh ibu bapa. Mereka bangga untuk memberitahu anak-anak mereka belajar di sekolah yang terbaik dan pintar belajar. Setiap kali anak-anak mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan atau terpilih mewakili sekolah untuk apa jua pertandingan tidak kira daripada segi akademik atau sukan mereka akan canangkan pada dunia. Dan untuk menjaga status sebagai golongan elit, dengan menyekolahkan anak-anak di sekolah swasta akan mampu memberi peluang anak-anak untuk masa depan yang lebih gemilang. Kolej Tuanku Jaafar, Sekolah Antarabangsa Alice Smith, Sri Cempaka adalah antara sekolah-sekolah swasta yang popular di Malaysia. Tentunya yuran pembelajaran would cost and arm and a leg! Anggaran yuran setahun dari RM40,000 hingga RM85,000 untuk seorang pelajar. Dan ada sekolah yang menawarkan ‘sibling discounts’ sekiranya adik-beradik berada di sekolah sama.

Lebih dahsyat anak-anak seawal usia sembilan atau 12 tahun sudah dihantar ke sekolah berasrama penuh berprestij tinggi di luar negara. Ada antara mereka yang meneruskan legasi ibu bapa yang dahulunya bersekolah di sana. Tradisi ini selalunya dipraktikkan oleh golongan bangsawan. Dan sejak lahir lagi ibu bapa sudah sediakan trust fund untuk perbelanjaan pendidikan anak-anak mereka hingga ke peringkat universiti. Mahu masuk Yale, Stanford atau mana-mana universiti terkenal di sana? Namakan sahaja! Tiada masalah, when you have all the money in the world why not splurge on your kids’ education. Mungkin kualiti pembelajaran yang bertaraf tinggi mampu melahirkan pelajar cemerlang yang akan berbakti kepada negara. Saya tidak menolak tanggapan bahawa ada beberapa perkara terutamanya daripada segi pengurusan, sekolah swasta adalah lebih baik. Jadi ibu bapa ada hak untuk memilih sekolah yang ingin diberikan kepada anak mengikut kemampuan masing-masing.

See also
Megxit: USA Tidak Akan Bayar, They Must Pay!

Pun begitu ada yang sanggup bergolok gadai demi menyekolahkan anak di sekolah antarabangsa. Saya ada kenal dengan beberapa pasangan yang sanggup mengikat perut demi menyekolahkan anak di sekolah swasta. Mengikut Penasihat Akademik dari Khazanah Malaysia, Datuk Satinah Ali, ibu bapa hari ini mempunyai pilihan untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat anak mereka. Tetapi apa yang menjadi masalah mereka sanggup hidup berhutang sehingga menjejaskan ekonomi keluarga semata-mata mahu menjaga ego.

Umum tahu sosialit hidup dalam kemewahan, jadi status nama sekolah amat penting untuk mengekalkan kelas sosial di kalangan golongan atasan. Pasangan elit ini cukup popular kerana mereka sentiasa ada di mana-mana majlis prestij ibu kota. Dua tahun yang lalu bisnes Datuk jatuh merundum yang membuatkan dia hampir muflis. Perubahan mendadak itu membuatkan Datin histeria kerana tertekan dengan kekurangan duit untuk berbelanja. Datuk membuat keputusan ketiga-tiga anak mereka terpaksa ditukar ke sekolah kerajaan. Datin bermati-matian membantah. Malulah dia pada teman-teman. Anak-anak pun yang sudah seronok hidup bermandikan wang ringgit dan bersekolah antarabangsa, tak mungkin mereka mahu tukar sekolah. Datin mebentak-bentak mahu Datuk berhutang agar anak-anak dapat teruskan persekolahan di sekolah swasta. Datuk yang buntu ikutkan saja. Dan bersengkek-sengkeklah Datuk mencari duit sana sini untuk bayar hutang bulanan demi menjaga maruah Datin yang tidak mahu turunkan gaya hidupnya. 

Biarpun ekonomi semasa jatuh menjunam, pasangan ini tetap berkeras untuk mempertahankan kedudukan kedua-dua anak mereka di sekolah swasta yang menelan belanja hampir seratus ribu setahun. Yang benarnya pasangan ini bukanlah orang ada-ada. Suami bekerja di sektor swasta manakala isteri di jabatan kerajaan. Tetapi mereka suami isteri berpakat untuk menghantar anak ke sekolah swasta kerana melihat saudara mara yang kaya raya menghantar anak-anak mereka dan semuanya menjadi. Anak-anak mereka fasih bertutur Bahasa Inggeris, pendidikan Matematik lebih tinggi dan banyak lagi kelebihan yang membuatkan pasangan ini nekad mahu menghantar anak-anak di sekolah swasta. Dengan itu mereka sekeluarga makan bercatu di rumah. Tidak makan luar untuk berjimat. Tinggal di rumah apartmen kecil. Mereka tidak pergi bercuti. Membeli baju pun setahun sekali apabila raya. Hari ini anak-anak mereka sudah bersekolah menengah, and they excelled in their educations with flying colors. Mungkin pengorbananan kedua pasangan ini membuahkan hasil untuk masa depan anak-anak yang cerah.

See also
Retorik: The Ageless Woman!

Kisah sosialit yang jatuh muflis ini sudah boleh dibau oleh teman-teman rapatnya. Kalau mengopi di kafe-kafe mahal atau high tea bersama teman-teman, dia akan mengelak dari membayar. Kalau tiga empat kali tidak apa, ini sudah hampir setengah tahun dia tidak membayar satu sen pun setiap kali keluar keluar berlibur bersama teman-teman sosialit yang lain. Bukan itu sahaja, saya diceritakan yang yuran dua orang anaknya di sekolah antarabangsa tertunggak dan pihak sekolah sudah mengeluarkan surat rasmi untuk memberhentikan kedua-dua anak lelakinya. Walaupun sudah menerima surat itu dia masih membuat rayuan dan muka tebal menghantar anak-anaknya di sekolah. Guru-guru pun tidak sampai hati untuk menghalang anaknya masuk ke dalam kelas. Anak-anaknya diceritakan sering menangis dan tertekan apabila cikgu mempersoalkan perihal yuran sekolah. Dan menjadi ejekan rakan-rakan di sekolah. Namun sosialit ini masih berkeras untuk anaknya bersekolah di sana dan mengharapkan keajaiban bakal berlaku pada perniagaan suaminya yang sudah lingkup itu. Dia sepertikan tidak dapat menerima hakikat yang kekayaan yang dinikmati selama ini sudah beransur hilang.

Dia memang social climber yang berjaya. Segala yang diusahakan menjadi. Boleh dikatakan segala impiannya menjadi realiti setelah berhempas pulas membina kenalan dan rubbing shoulders dengan sosialit kota. Perniagaan dia dan suami mendatangkan hasil. Dia memang merancang untuk ada seorang anak sahaja. Kerana katanya anak ramai membebankan dan menyekatnya untuk menjalani kehidupan mewah. Anaknya yang berusia 13 tahun pun baru berkesempatan untuk disekolahkan ke sekolah antarabangsa kerana sebelum ini ekonominya belum cukup kukuh. Sekarang dia rasa seronok kerana sudah ada modal untuk disembangkan bersama teman-teman sosialit yang menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah antarabangsa. Saja dia sekolahkan dengan sekolah anak sosialit yang satu ini kerana anak lelaki sosialit ini sebaya dengan anak perempuannya. Dia menyimpan hasrat untuk menjodohkan anaknya dengan anak lelaki sosialit ini. Setiap hari dia sengaja buat bekal lebih untuk anaknya supaya boleh diberikan kepada anak lelaki temannya itu. Dia juga mengajar gadis suntinya itu untuk mengorat budak lelaki itu. She literally tortured the poor daughter’s soul just for her daughter to get together with the boy. Sungguh jijik perangai ibu sebegini.

See also
5 Restoran & Kafe Mesti Lawati Di Bali

Wanita ini kalau bercakap dengannya memang ramah tetapi dia akan melihat orang itu sekiranya mereka ada kepentingan buatnya atau tidak. Kalau bukan siapa-siapa, jangan mimpilah dia akan ikhlas mahu berbual mesra dengan anda. Kerana itu teman-temannya semua kaya-kaya belaka. Tetapi yang benarnya teman-temannya semua letih dengan cerita berlagaknya yang semua orang tahu 98 peratus daripada ceritanya hanya rekaan semata-mata. Antaranya menipu yang keempat-empat anaknya bersekolah di sekolah swasta Sayfol International School. Sering cerita mengenai sekolah anak-anaknya dengan terperinci. Dari yuran, nama guru, aktiviti sekolah dan semualah. Rupa-rupanya yang bersekolah antarabangsa itu anak kakaknya. Tembelang pecah apabila dia membuat majlis makan-makan secara besar-besaran di rumah. Dan salah satu temannya ini duduk bersembang dengan kakaknya. Tak sangka sehingga sekolah anak pun sanggup menipu. Kata si temannya, mereka sebenarnya kasihan kerana wanita ini terlalu mencuba untuk buktikan dia setaraf dengan teman-teman yang lain walhalnya mereka tidak kisah pun untuk berkawan dengannya walaupun dia bukan siapa-siapa.

Begitu ada manusia yang terlalu obses dengan status sosial mereka. Sesungguhnya mereka tidak melihat sesuatu perkara dengan optimis sebaliknya terlalu skeptikal dengan apa yang bakal diperkatakan oleh masyarakat mengenai taraf hidup mereka. Baju jenama apa? Kasut jenama apa? Sekolah mana? Semuanya umpama ada tanda harga yang dipersoalkan. Seperti yang saya katakan tadi, tidak menjadi masalah sekiranya anda benar-benar berkemampuan. You can spend at your whims and fancy. But always spend within your means. Buang jauh-jauh pemikiran kecil yang takut dikritik masyarakat. Kita yang tentukan hala tuju hidup kita, bukan orang lain. Tetapi ada betul juga, rakan saya yang satu ini sering menasihati teman-temannya, “Remember that anything to do with your kids education always invest the best that money can buy!”