12 Fesyen Selebriti Di Karpet Merah Tayangan Wonka - Glam Malaysia
12 Fesyen Selebriti Di Karpet Merah Tayangan Wonka

12 Fesyen Selebriti Di Karpet Merah Tayangan Wonka

Filem prekuel yang ditunggu-tunggu, Wonka akan menghiburkan penonton di Malaysia beberapa hari lagi.

Bakal ditayangkan di pawagam pada 7 Disember, ia mengikuti perjalanan Willy Wonka mencari biji koko, berkawan dengan seorang gadis yatim piatu dan memasang impian memiliki kedai coklat sendiri.

Beberapa hari lalu barisan pelakon filem ini menyerikan karpet merah tayangan perdana yang berlangsung di Royal Festive Hall, London.

Lihat pilihan gaya selebriti dan pelakon filem Wonka yang mencuri perhatian lensa kamera

 

Timothee Chalamet dilihat kekal dalam karakternya sebagai Willy Wonka dengan menyarung sut baldu merah jambu rekaan Tom Ford. Rantai berinspirasikan gula-gula rekaan Cartier melengkapkan penampilannya.

tayangan filen wonka 2023

 

Olivia Colman yang diberi tanggungjawab menggalas peranan Mrs Scrubbit tampil anggun dalam gaun labuh serba hitam yang hadir bersama mantel jarang.

tayangan filen wonka 2023

 

Memainkan watak Oompa-Loompa bernama Lofty, Hugh Grant muncul di karpet merah dalam sut hitam klasik di samping isterinya, Anna Elisabet Eberstein.

tayangan filen wonka 2023

 

Bintang The Crown, Imelda Staunton menghadiri tayangan perdana Wonka dalam gaun labuh hitam dan kot rona hijau untuk memberi sokongan kepada suaminya, Jim Carter. Aktor Downtown Abbey yang memegang peranan sebagai Abacus Crunch itu memilih sut rona hitam.

See also
Selebriti Popular Yang Memiliki Jenama Fesyen Sendiri

 

Keegan-Michael Key yang menggalas watak ketua polis tampil segak dalam sut kelabu yang dipadankan bersama tali leher rona biru. Dia hadir bersama isterinya yang juga penerbit, Elle Key.

 

Aktres Paddington, Sally Hawkins menyuai padan gaun ringkasnya dengan sarung tangan opera untuk efek glamor. Dia memainkan watak sebagai ibu Willy Wonka.

 

Rowan Atkinson yang membintangi filem Wonka sebagai paderi, Father Julius tampil serba biru dari hujung rambut ke kaki.

 

Memainkan watak salah seorang pesaing Wonka bernama Ficklegruber, Mathew Baynton tampil di karpet merah dalam sut rona biru tua.

 

Calah Lane sebagai Noddle tampil feminin dalam gaun kembang Carolina Herrera rona merah jambu bersama padanan aksesori rona perak.

 

Seorang lagi pesaing Wonka yang memilih persalinan rona biru. Matt Lucas yang memegang peranan sebagai Prodnose memadankan sut rona biru Diraja dengan kemeja putih dan tali leher rona perak.

tayangan filen wonka 2023

 

Terbukti biru mendominasi karpet merah Wonka apabila Paterson Joseph yang diberi tanggungjawab menggalas watak Arthur Slugworth juga tampil dalam sut rona serupa.

See also
4 Tahun DOLLA, Imbas 7 Gaya Terbaik Pilihan GLAM

 

Foto: Getty Images

Baca: 20 Gaya Terbaik Selebriti Di Tayangan Perdana Filem Barbie