4 Perkhabaran Kim Kardashian Mesti Tahu - Glam Malaysia
4 Perkhabaran Kim Kardashian Mesti Tahu

4 Perkhabaran Kim Kardashian Mesti Tahu

Kim Kardashian antara wanita yang kuat bekerja! 2023-merupakan tahun yang aktif buat figura fesyen, Kim Kardashian dalam bidang fesyen. Ayuh, imbas empat perkhabaran atau update terkini Kim Kardashian dalam fesyen. 

SWAROVSKI X SKIMS

4 Perkhabaran Kim Kardashian Mesti Tahu

Swarovski dan SKIMS telah berkolaborasi dalam rangkaian perhiasan badan, pakaian dalam dan ready to wear. Dilancarkan secara global pada 7 November lepas di butik flagship Swarovski di Fifth Avenue dan dalam talian di skims.com. Swarovski x SKIMS merupakan pertemuan semula jadi visi antara dua jenama yang berpengaruh. Kerjasama itu memadankan kemewahan yang mengujakan dan mendefinisikan Swarovski melalui satu koleksi yang bijak beridentiti SKIMS, yang mana memancarkan pemerkasaan diri yang glamor. Satu lagi kejayaan Kim Kardashian untuk SKIMS. 

CFDA GALA 2023

Kim Kardashian

Berlangsung pada 6 November lepas, Kim Kardashian membuat kemunculan istimewa di permaidani merah untuk Anugerah Fesyen Majlis Pereka Fesyen Amerika 2023 di New York, memakai dress kulit rekaan Chrome Hearts. Dress kulitnya menampilkan garis leher halter dengan tanda salib yang melambangkan identiti jenama tersebut. Rambut Kim didandan ‘high bun’ dan disolek ‘smokey eye’ serta riasan gincu rona nude. She’s stunning!

See also
Lembaran Fesyen Moschino

PESTA HALLOWEEN

Kim bijak dalam memilih kostum Halloween kali ini. Kim bersama anaknya, North West bergabung pada Halloween baru-baru ini, dengan menjelmakan semula karakter ikonik ‘90-an, Cher Horowitz dan Dionne Davenport dari filem ‘Clueless’. Memilih dua look paling ikonik dari filem tersebut, yakni yellow checkered suit dan topi besar yang dipakai watak Dionne. So iconic. 

PINK BALENCIAGA COUTURE

Semua mata tertumpu pada Kim hujung minggu lalu ketika dia memakai gaun tanpa tali berwarna merah jambu ke gala LACMA. Direka oleh Balenciaga, gaun itu dilengkapi ‘long train’, yang bermula dari bahagian pinggang. Untuk menyerlahkan lagi penampilan itu, Kim menyarung sarung tangan hitam panjang dengan rantai loket berlian. Kim dan Balenciaga ternyata tidak boleh dipisahkan. 

Artikel berkaitan: 15 Fesyen Terbaik Selebriti Di LACMA Art + Film Gala 2023