“A Date With Kate”, Canda Aksesori Tod’s - Glam Malaysia
“A Date With Kate”, Canda Aksesori Tod’s

“A Date With Kate”, Canda Aksesori Tod’s

Tod’s terbitkan satu lagi projek digital yang bertajuk “A Date with Kate”, yang mana menampilkan tiga gadis beridentiti tersendiri menggayakan koleksi Tod’s Kate. Penghasilan kempen mengisahkan tiga jalan cerita yang berbeza yang bertempat di Rome, diakhiri tiga gadis tersebut bertemu di satu destinasi yang sama. 

Tiga gadis yang cukup istimewa personalitinya, bercanda dalam koleksi Tod’s Kate dan membawa penonton ke siri acara yang tak terjangka sehinggalah dapat meneka siapakah “Kate” yang cuba disampaikan. “Kate” bukanlah nama seseorang, sebaliknya nama rekaan yang disarung oleh mereka yakni sepatu Kate. 

Rekaan “Kate” yang digayakan oleh mereka, menampilkan tiap satu rekaan yang terkandung dalam koleksi Tod’s “Kate” yang terkini. Rekaan seperto, moccassins, Gommino, sniker, sandal serta beg tangan “Kate”. Padanan beg tangan “Kate” yang dihadirkan dalam reka bentuk beg sandang dilengkapi rantai signatur “Kate” yang bertindak sebagai penegasan dalam gaya. Materil beg tangan yang bermutu diperbuat daripada kulit lembu, raffia dan kapas. Pilihan warna pula terdiri daripada putih, hitam, tan, sand dan nude yang memberi ruang buat pemilik untuk memilih gaya yang bertepatan personaliti dan kemahuan masing-masing. 

Tiap wanita, sama seperti yang digambarkan dalam kempen video, berupaya untuk memilih stail kegemaran sepatu “Kate” berdasarkan variasi model yang ditawarkan. Dari pilihan sniker dalam rona brown dan krim, kepada sepatu flat material kulit yang disertakan aksesori “Kate”, menonjolkan sisi yang lain. Akibat rekaan yang pelbagai, koleksi “Kate” sememangnya himpunan aksesori yang wajar dimiliki musim ini. Kefungsian yang memaut, memberi opsyen gaya yang lebih luas buat wanita masa kini. Yang punya tujuan berbeza-beza dari sehari ke sehari yang lain. 

See also
Sazzy Falak, The It-Woman

Termasuklah, rekaan tali pinggan dan beg tangan “Kate” yang memiliki butiran unik, dalam pilihan warna yang nyaman, material kulit yang cemerlang pertukangannya. 

#TODS

Artikel berkaitan: Hadiah Hari Ibu, Ini 10 Beg Pilihan GLAM!