Aespa Jadi Bintang Baharu Buat Chopard - Glam Malaysia
aespa chopard

Aespa Jadi Bintang Baharu Buat Chopard

Chopard mengumumkan yang kumpulan muzik Aespa adalah duta global terkini mereka!

Siap sedia untuk ekspedisi lebih girang dengan Chopard, kerana kini jenama barang kemas ini punya energi paling dinamik. Aespa telah diangkat menjadi duta terkini mereka kerana empat gadis ini mempunyai karakter yang menzahirkan watak terkini Chopard. Caroline Scheufele, selaku Pengarah Artistik Chopard berkongsi yang Aespa ini adalah personaliti ideal buat koleksi utama Chopard dan yang paling dekat dengan jiwa muda mereka semestinya koleksi My Happy Hearts. Aespa dan My Happy Hearts bagaikan ditakdirkan bersama. Ia memang sesuai buat wanita muda dan mencerminkan gaya ringkas yang cukup feminin.

aespa chopard

MENGENALI MY HAPPY HEARTS

Bagaikan satu momen yang cukup intim dan privasi, inilah rahsia kepada keperibadian koleksi My Happy Hearts! Barang kemas himpunan Chopard ini direka cukup ringkas dengan hanya bergantung pada loket bentuk hati. Bergaya dengan koleksi ini, ia dilihat sebagai himpunan barang kemas yang minimal. Less is more, tetapi membawa aura yang besar pada yang memakai. Serta dengan rekaan My Happy Hearts yang ringkas ini boleh dipadu padan dengan stail berlapis, mencipta gaya yang tiada penghujung.

See also
Keputusan Muktamad Khloé Kardashian Selepas Teman Lelakinya Curang

My Happy Hearts hadir dalam rantai, gelang tangan, cincin dan subang dengan berlandaskan satu rekaan yang utama yakni bentuk hati. Ia diperbuat menggunakan emas putih atau emas mawar 18 karat yang mana setiap bahan itu dikumpulkan secara berhemah. Chopard cukup bangga dengan sistem ethical gold mereka! Koleksi ini juga menaruhkan cincin dan subang dengan dancing diamond!

Pautan Berkenaan: Anne Hathaway Kongsi Kisah Di Sebalik Gaya Ke NYFW