Beg Tangan Astor, Taruhan Baru Michael Kors - Glam Malaysia
Beg Tangan Astor, Taruhan Baru Michael Kors

Beg Tangan Astor, Taruhan Baru Michael Kors

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Michael Kors teruja memperkenalkan semula beg tangan yang ikonik; the Astor. Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2004, Astor direka sebagai penghormatan kepada ‘Astor Place’ di kota New York. Michael Kors bersepakat untuk memunculkannya semula khusus wanita generasi kini. 

Melihat pada trend Y2K yang makin popular, Michael Kors bersepakat untuk mengeluarkan semula beg ikonik mereka iaitu the Astor. Beg tangan Astor pernah diperkenalkan pada tahun 2004, dan sejak itu ia menjadi item fesyen pilihan wanita sebagai pelengkap gaya. Beg tangan berunsur sofistikated dan minimal serta chic, memancarkan gaya hobo chic dan kemewahan di tengah kesederhanaan yang memikat pandangan. 

Beg tangan Aston direka sebagai penghormaatan buat Astor Place di New York City, lokasi terbinanya restoran ikonik Indochine dan the Public Theater, di mana Hamilton, A Chorus Line dan the Normal Heart, antara karya yang pertama kali ditayangkan di situ. Cukup besar maknanya dan punya nilai sentimental yang tersendiri buat Michael Kors.

See also
Tommy Hilfiger Tidak Akan Menyertai New York Fashion Week

Stesen Subway Astor Place, dengan arca kiubnya yang berkuasa oleh Tony Rosenthal, adalah garis pemisah antara Greenwich Village dan East Village, dua kawasan kejiranan New York kegemaran saya,” kata Michael Kors. 

Beg tangan Astor bakal menjangkau 20 tahun pembuataannya. Dan sifat glamor juga sporty pada beg tersebut menggambarkan era awal ‘Aughties’ yang terlihat relevan dan kembali menjadi trend berpakaian hari ini. Michael Kors mahukan wanita era sekarang untuk kembali bergaya dengan beg tangan Astor. Dengan gaya yang lebih beragam dan dapat menjadi inspirasi berpakaian.