BONIA dan Lisa Wong, Serlah Gaya Tahun Baru - Glam Malaysia
BONIA X Lisa Wong, Serlah Gaya Tahun Baru

BONIA dan Lisa Wong, Serlah Gaya Tahun Baru

BONIA PERTARUHKAN KOLEKSI KAPSUL PERTAMA ‘READY-TO-WEAR’ KOLABORASI EKSKLUSIF BERSAMA LISA WONG. KONSEP SENI MENYUGUHKAN STATEMENT BAHARU, DARI SENTUHAN LISA WONG, MEMBUAT ANDA BAGAIKAN KARYA SENI ‘BERJALAN’. 

Sempena sambutan Tahun Baru Lunar 2023, BONIA dengan bangganya melancarkan koleksi kapsul sedia pakai pertamanya untuk tahun Arnab dengan kerjasama artis Malaysia, Lisa Wong, yang terkenal dengan lukisan dakwat yang kaya warna dan bayangan seni yang menakjubkan. 

BONIA kagum dengan bakat Lisa dalam melukis bunga dan haiwan yang cantik, koleksi BONIA X LISA WONG diinspirasikan oleh salah satu karya seni Lisa yang ikonik dan menggambarkan elemen cinta dan keanggunan yang turut melambangkan identiti BONIA. 

Koleksi ini menampilkan koleksi sedia pakai, termasuk Cheongsam, set koordinasi atas dan bawah, serta kemeja-T edisi khas dengan cetakan eksklusif La Luna yang direka khas untuk koleksi tersebut. Bagi melengkapi setiap penampilan, rangkaian beg turut ditawarkan. Hadir dalam variasi reka bentuk dan ton warna terang sebagai opsyen gaya yang pelbagai. 

See also
Terokai PS by Paul Smith

Rekaan baju yang bersifat kasual lagi santai, ternyata mendukung kehidupan sehari-hari yang aktif sekaligus menunjukkan komitmen terhadap gaya hidup masyarakat Malaysia. Memahami akan keperluan gaya saat musim perayaan, maka itu jenis-jenis pakaian yang ditawarkan menegaskan faktor selesa.

Pun begitu, deretan beg yang pelbagai stail, memberi dimensi gaya buat kesemua wanita lapisan umur. Misalnya, beg sandang dalam balutan warna pop, mungkin sahaja sesuai buat anak gadis. Menggabungkan selera playful, dengan kekinian dan elemen praktikal. 

BONIA juga telah mengeluarkan paket angpao edisi terhad yang diinspirasikan daripada koleksi itu, yang akan tersedia kepada pelanggan di seluruh kedai dengan pembelian minimum RM500 (selagi stok masih ada). 

Artikel berkaitan: BONIA X Nuxe, Masanya “GLOWING” Bersama Tas Mirror Micro yang Chic