Butik Pop-Up Saint Laurent, Pavilion Kuala Lumpur Kini Dibuka

Butik Pop-Up Saint Laurent, Pavilion Kuala Lumpur Kini Dibuka

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke butik Pop-Up Saint Laurent dan rasai sendiri pengalaman membeli-belah secara eksklusif. 

Baru-baru ini telah berlangsungnya pelancaran pembukaan butik pop-up Saint Laurent yang bertempat di Pavilion, Kuala Lumpur. Berlangsung dengan penuh meriah, acara malam itu turut dihadiri tetamu istimewa yang diterbangkan khas dari Thailand, kumpulan pop Trinity (TNT). 

Turut hadir, selebriti Hael Husaini serta pempengaruh digital terkemuka seperti Jane Chuck, Zhen Ning, Jack Goh, NYK, Lynn Lim dan Roanne Woo. Kesemuanya hadir serba stylish mengenakan busana Saint Laurent.

Menariknya di butik pop-up ini, anda akan dapat menyaksikan himpunan busana wanita terkini di bawah pimpinan kreatif Anthony Vaccarello ini untuk koleksi musim Luruh/Dingin 2023. Namun, lebih istimewa lagi, anda juga berpeluang untuk mendapatkan beg tangan Jamie 4.3 In Lambskin yang turut berlabuh dan terdapat secara eksklusif hanya di Malaysia.  

Eksklusif di Malaysia: Beg Tangan Saint Laurent Jamie 4.3 In Lambskin

Saint Laurent

Beg yang diperbuat daripada kulit nappa ini diserikan lagi dengan hiasan indah jahit atas ‘Carré Rive Gauche’ juga tali rantai boleh laras, ringan dan memiliki ruang dalam yang luas. Beg Tangan Saint Laurent Jamie 4.3 In Lambskin ini tampil dalam rona hitam yang cukup chic lagi glamor. Jangan lupa untuk melawat butik pop-up ini yang mula berlangsung pada 6 sehingga 16 September 2023 ini sahaja.

See also
Kelestarian Gaya Oris

Antara Selebriti Yang Memeriahkan Pembukaan Butik Pop-Up Saint Laurent…

Saint Laurent

TRINITY: Dari kiri ke kanan, Jackrin Kungwankiatichai (Jackie), Lapat Ngamchaweng (Third) dan Sivakorn Adulsuttikul (Porsche)

Saint Laurent

Hael Husaini, Jack Goh

Saint Laurent

Zhen Ning, Jane Chuck

Saint Laurent

Roanne Woo, Lynn Lim