Ceritera Raya Alia Bastamam - Glam Malaysia

Ceritera Raya Alia Bastamam

Menjelang Lebaran, label tempatan Alia Bastamam memperkenalkan koleksi Raya 2021 merangkumi 19 rekaan yang disertakan 5 rekaan baharu dan 14 rekaan yang telah diolah semula. Seiring dengan kelangsungan sepuluh tahun label Alia Bastamam, Alia merasakan untuknya melancarkan koleksi yang turut meraikan gemilang 10 tahun keberadaan jenamanya dengan menghadirkan rekaan berinspirasi butiran-butiran Alia Bastamam terdahulu. 

Padanya, ia dapat menggamit memori indah sepanjang mengusahakan label Alia Bastamam sehinggalah ke peringkat sekarang.

Sempena ulang tahun ke-10 Alia Bastamam, juga sebagai kenangan, beberapa reka bentuk signature yang pernah diperkenalkannya sedekad yang lalu ‘muncul’ kembali, langsung membentuk butiran pada beberapa aspek penting untuk koleksi Raya tahun ini. Alia berpendapat, ia mungkin juga dapat membawa kembali kenangan indah Alia Bastamam.

Alia Bastamam
Alia Bastamam

Menyentuh perihal inspirasi pula, Alia mengolah semula reka bentuk masa lalu dengan merekanya semula untuk diadaptasi dalam masa sekarang. Yang mana, kehidupan dalam norma baharu turut menjadi pertimbangan Alia dalam mereka koleksi Raya kali ini. 

See also
Tayangan Perdana Filem Pendek 'I AM WOMAN' Berlangsung Dengan Jaya

Alia mahukan rekaan yang tidak terhad untuk musim perayaan sahaja, malah dia mahukan konsumernya menjadi lebih kreatif dan ‘experimental’ dengan menggayakan koleksi Raya 2021 sebagai helaian kala masa senggang. Berupaya untuk dijadikan helaian utama gaya harian, atau pun digayakan sebagai stail ke pejabat. Alia mencadangkannya untuk ‘switch it up’ dengan helaian kasual, seperti celana denim, seluar khaki atau skirt sebagai opsyen gaya yang pelbagai. 

Faktor selesa membentuk ilham Alia Bastamam untuk koleksi Raya 2021. Perincian seperti korset dan ‘mermaid skirts’ telah diolah dalam reka bentuk lain, yang lebih bersahaja dan memfokuskan kepada siluet moden. Warna-warna lembu yang bersifat feminin membentuk keseluruhan koleksi. Lantas, menterjemahkan identiti Alia Bastamam yang chic, feminin dan modest. 

Alia Bastamam

Biarpun koleksi Raya 2021 menawarkan imejan bersih, namun ia turut meraikan detik untuk mengait semula kemesraan dengan perincian yang bersandarkan faktor bold, seperti konstruksi rekaan Afzan dan potongan Butterfly yang kekal menjadi perhitungan Alia Bastamam. Prinsip ‘experimental’ pula terlihat jelas melalui kerja-kerja seni dari pasukan Atelier yang menghadirkan ‘fringes’ dan ‘tassels of crystals’ serta mutiara. Representasi kepada ketekunan Alia dalam berkarya serta lambang-lambang yang terbit yang ada kaitannya dengan bulan suci di musim perayaan. 

See also
Citarasa Mewah Eleonora Carisi

Artikel berkaitan: Fail Fesyen Anugerah Juara Lagu 35 #AJL35