The Roaring Hearts: Christinna Kuan, Glenn Yong & Johanis Sani - Page 3 of 3 - Glam Malaysia

The Roaring Hearts: Christinna Kuan, Glenn Yong & Johanis Sani

PRINSIP KENDIRI YANG LEBIH INKLUSIF MEMERLUKAN KEBERANIAN, KARISMA JUGA KEYAKINAN YANG TINGGI. MENYANTUNI INTELEK GENERASI MUDA KALA INI GLAM MEMBAWAKAN CHRISTINNA KUAN, GLENN YONG & JOHANIS SANI DALAM MEMBINTANGI BARISAN NEXT GEN 2023.

pengarah kreatif AIZAT AIDID pengarang rencana ZUHAIRIE SAHROM pengarang fesyen & penata gaya JOHAN KASSIM arahan seni AMIRUL ARIFIN dibantu oleh HILMAN HISHAM gambar CHEE WEI solekan KHIR KHALID & SAHIR SABRI dandanan VV CHAN

next gen 2023

Semuanya himpunan daripada Coach

Mendalami isu Next Gen 2023 hasil usaha sama mendakap keselesaan dan pragmatisme gaya sukan serta jalanan jenama Coach; GLAM menjemput Christinna Kuan yang merupakan seorang blogger fesyen, gaya hidup dan kecantikan Malaysia. Gadis ini juga mengasaskan barisan label pakaiannya sendiri Christinna.K. Kemudian, pelapis lapangan seni asal kota Singa, Glenn Yong yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi. Berpunya Oppa looks yang kini menjadi kegilaan ramai gadis di negara serantau. Glenn memulakan kerjayanya di skrin televisyen menerusi drama bersiri The Good Fight pada tahun 2019. Kemudian membintangi filem bergenre komedi tentera Ah Girls Go Army pada tahun 2022. Terakhir sekali, wanita petit Johanis yang begitu ramah juga bijak menyusun kata serta pendapat. Dia adalah antara OG dalam menciptakan kandungan digital kecantikan, gaya hidup dan travel menerusi saluran Youtube-nya.

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

JOHANIS SANI

Johanis Sani berbaju panas dan rantai Coach

“Setiap influencer mempunyai karakter dan visi tersendiri. Bagi menjadi teladan yang baik kepada orang ramai, kita perlu ada keberanian dalam diri dahulu. Endahkan saja energi-energi negatif itu sekiranya ada dan ambil perspektifnya di sudut yang lebih positif. Semua orang punyai pendapat yang berbeza. Kita boleh dengar dan janganlah menuruti bulat-bulat kerana kita perlu jadi diri sendiri dan tahu apa tujuan kita dalam hidup ini. Itu lebih penting. If it matters to you, it shouldn’t matter to anybody else,” cerita Jo dalam membina keberanian dirinya.

“Saya sebenarnya mengambil masa yang agak lama untuk membina keyakinan diri, kerana pada sisi diri lainnya saya juga seorang pemalu. Melaksanakan kandung video di Youtube, mendorong saya untuk bercakap di hadapan kamera. Secara tidak langsung, ia membantu untuk membina keyakinan diri untuk petah bercakap di hadapan orang ramai. Sudah tentu, bila kita bercakap di depan kamera itu sememangnya jauh dari realiti bila berdepan dengan orang ramai. Jadi, Jo jadikan kamera itu sebagai ‘orang’ sekali pun bercakap bersama diri sendiri. Dalam konteks membina keyakinan diri bermula dengan memupuk cinta atau mengasihi diri sendiri terlebih dahulu. Ini kerana dengan cara itu bakal menerbitkan rasa percaya atau rasa selesa kepada diri. Demikian, karisma pula bakal tiba dengan secara naturalnya… Bila saya rasa ia ada, ia akan ada. Bila tiada rasa aura atau karisma itu, ia jelas sekali bila bahasa atau gerak geri tubuh seolah kaku tidak berseri. It’s a thing.”

See also
Jenama Fesyen Yang Menderma Buat Turki Dan Syria