Coussin Jadi Taruhan Baru Nicolas Ghesquiere - Glam Malaysia
coussin

Coussin Jadi Taruhan Baru Nicolas Ghesquiere

Emily Miller melangkah laju di ruang kaki La Samaritaine, pusat membeli belah yang baru digubah indah. Sambil memperagakan koleksi helaian baru Louis Vuitton, bajunya tertera logo Vote. Bukan itu sahaja yang mencuri tumpuan, Miller turut meletakkan beg baru taruhan Nicolas Ghesquiere pada bahunya. Dia berlalu pantas, tetapi beg baru ini terus muncul beberapa kali di pementasan koleksi musim bunga 2021 Louis Vuitton. Setelah dirisik, benarlah tekaan yang aksesori pembuka acara itu diberi namanya beg Coussin.

coussin

Beg baharu iham Ghesquiere ini mendapat ideanya daripada efek bantal. Jika diterjemahkan Coussin itu sendiri membawa maksud kusyen. Ternyatalah beg berekaan ala bantal ini punya kemasan yang cukup lembut. Selain itu, ia juga direka dengan gabungan tiga karung yang berbeza, menang dalam memberi ruang lebih pada yang menyarungkannya. Ia menjadi aset paling penting buat beg baru ini. Menambah mewah adalah kemasan logo monogram yang memperhiasi ruang muka beg. Talinya pula dalam chunky rantai menambah gaya ranggi Louis Vuitton.

See also
#OOTD Kuala Lumpur Fashion Week 2017

Beg baru Louis Vuitton ini mula menhiasi akaun media sosial sekarang. Antara personaliti yang menjadikan It Bag baru ini sebagai pendamping mereka termasuklah Dua Lipa, Millie Bobby Brown dan Ameera Khan. Ia memberi lagak lebih cool pada golongan muda.

Dua Lipa
Millie Bobby Brown
Ameera Khan
Sophie Turner
Jane Chuck

Pautan Berkenaan: 4 Tas Michael Kors SS21 Patut Miliki