Dress Duchess of Cambridge Oleh Alexander McQueen Menjadi Isu

Dress Duchess of Cambridge Oleh Alexander McQueen Menjadi Isu

Separuh daripada 2017 sudah hampir berakhir namun masih ada yang tersekat pada zaman 50-an lagi apabila membincangkan pemakaian seorang wanita. Walaupun wanita itu Duchess of Cambridge Kate Middleton.

 

Foto: Alpha Press

Selain daripada detik-detik lucu antara Kate dan juga Countess of Wessex Sophie yang menarik perhatian ramai dan juga media, dress yang dikenakan oleh Duchess itu juga menjadi topik perbualan.

 

Foto: David Sims/WENN.com

Sewaktu acara Royal Ascot yang lalu, Kate telah mengenakan dress putih les oleh Alexander McQueen dan nampaknya ada segolongan individu yang tidak berpuas hati dengan pakaian pilihan Kate itu.

 

Alasan mereka? Dress itu terlalu jarang, terlalu pendek, dan sangat tidak sesuai.

 

Dress putih yang dikatakan tidak sopan itu jatuh beberapa cm bawah lutut Kate itu tampak jelas bukanlah seperti yang mereka terangkan. Malah dress itu tidak mempunyai kekurangan pun. Dengan bahagian leher tertutup, topi menarik dan juga kasut berona nude.

See also
Putera William dan Putera Harry Akhirnya Berkongsi Kisah Kehilangan Puteri Diana

 

Mereka juga turut menambah dress tersebut tidak sesuai kerana menampakkan bentuk kaki Duchess of Cambridge itu. What now?

 

Berita gembira pula, fenomena “Kate-effect” sekali lagi membuktikan bahawa ramai yang memberi perhatian kepada apa yang dipakai oleh Kate kerana kebanyakan dress les yang seiras dengand ress ini telah habis dijual.