Fesyen Karpet Merah NAACP Image Awards 2024 - Glam Malaysia
Fesyen Karpet Merah NAACP Image Awards 2024

Fesyen Karpet Merah NAACP Image Awards 2024

Sambutan NAACP Image Awards selama hampir seminggu berakhir dengan majlis anugerah yang diadakan pada Ahad lalu.

Berlangsung di Shine Auditorium di Los Angeles, NAACP Image Awards ke-55 menyaksikan Queen Latifah kembali sebagai hos majlis buat kali kedua. Acara ini meraikan perwakilan dan kejayaan bintang kulit hitam dalam filem, televisyen, muzik dan kesusasteraan sepanjang 2023.

Derrick Johnson, ketua pegawai eksekutif dan presiden NAACP berkata, “NAACP Image Awards adalah acara penting buat komuniti dan industri kita setiap tahun. Kita berpeluang memberi penghormatan kepada pencapaian cemerlang artis, penulis, penghibur, aktivis serta penggerak perubahan lain yang mendorong kecermerlangan komuniti kulit hitam dengan cara hebat dan berkuasa.”

Pada acara ini juga, Amanda Gorman yang merupakan penulis dan aktivis dianugerahkan trofi Charman’s Award.

Lihat gaya bintang di karpet merah NAACP Image Awards tahun ini

Usher yang dinobat sebagai Entertainer of the Year menyarung sut satin rona hitam bersama kemeja sedondon.

See also
GLAM Persona: Impak Positif Bersama Most GLAM 2022

NAACP Image Awards

Kerry Washington anggun dalam gaun rona hijau lumut.

Film Updates on X: "Kerry Washington attends the 2024 NAACP Image Awards" / X

Seperti biasa, Idris Elba kelihatan segak dalam dalam sut klasik serba hitam.

Keke Palmer menampilkan drama dalam tuksedo dramatik yang dipadankan dengan boutonniere mawar merah.

John Boyega menggayakan persalinan jalur rona kelabu jalur yang terdiri daripada blazer dan kot.

NAACP Image Awards

Perincian memukau pada gaun kuning Taraji P. Henson membuatkan penampilan bintang itu menonjol.

Derrick Downey Jr. menampilkan kelainan di karpet merah NAACP Image Awards ke-55.

Gaun hijau zamrud Halle Bailey menampilkan garis leher seksi.

Terrence J menyarung sut serba hitam bersama cermin mata sedondon.

55th NAACP Image Awards Red Carpet Photos

Quinta Brunson tampil berseri dalam gaun rona putih.

Damson Idris memanakan sut biru kelasi dengan pin bunga yang disemat pada lapelnya.

Penampilan Sheryl Lee Ralph cukup mempesona dalam gaun rona hijau separa jarang yang sarat labuci.

nAACP Image Awards

Courtney B. Vance menambah eleman kasual pada penampilannya dengan menyarung sniker.

NAACP Image Awards

Yara Shahidi muncul di karpet merah NAACP Image Awards dalam persalinan hitam.

Trevor Jackson tampil berani dalam persalinan rona jingga bata.

See also
Gaya Terbaik Pasangan Selebriti Di Karpet Merah Oscar 2022

NAACP Image Awards

 

Foto: Getty Images

Baca: 15 Gaya Memukau & Gagal Menyerlah Di Oscar 2024