Francisca Luhong, Miss Universe Malaysia Yang Dinamik! - Glam Malaysia
francisca luhong

Francisca Luhong, Miss Universe Malaysia Yang Dinamik!

Fresh from Miss Universe di Amerika Syarikat dan Francisca Luhong sempat menghabiskan masa di New York. Kini Miss Malaysia Universe 2020 ini makin berkobar semangatnya untuk menakluki dunia! GLAM ambil masa Francisca sebentar, tatkala dia masih di quarantine sekembalinya daripada luar negara.

Apakah momen paling indah ketika berada di pertanding Miss Universe?

Semestinya ketika di backstage untuk prelimnary round! Dimana saya menyaksikan semua ratu meghabiskan masa berdoa untuk kejayaan masing-masing dan warm themselves up sebelum naik ke pentas. Sungguh membanggakan melihat wanita-wanita ini membawa nama negara masing-masing serta mahu melakukan yang terbaik buat negara mereka. Bukan hanya saya, semua universe bersatu menjadis atu.

Francisca Luhong
Francisca Luhong dalam busana Puteri Santubong ilham Rizman Ruzaini

Ada momen yang tidak mahu diingatkan daripada pentandingan Miss Universe 2020?

Tiada! setiap perjalanan dan momen yang saya lalui di sana adalah pengajaran buat hidup. If I can bring back the moment again, I would love too! Apabila ada masalah yang berlaku saya akan hanya fikirkan hanya untuk Malaysia. Saya hargai semua momen kerana apabila kompetisi ini berakhir kami semua akan pulang ke negara masing-masing. Mungkin saya tidak lagi dapat berjumpa dengan wanita-wanita ini. Banyak gambar yang saya rakam bersama mereka untuk dijadikan kenangan. Saya akui yang orang itu datang dan pergi, but experience and memories last forever.

Francisca Luhong

Bilakah your best fashion moment di Miss Universe 2020?

See also
Sensational Beauties: Artika Sari Devi & Whulandary Herman

Malam preliminary, dimana saya buat pertama kali pertontonkan secret dress, Puteri Santubong. Detik itu seluruh dunia menyaksikan gaun yang saya simpan bagaikan emas. It is the best feeling di atas pentas. Rasanya begitu lama di pentas, tetapi ia berakhir bagaikan satu kelipan mata.

Berapa pasang kasut, baju dan beg yang dibawa ke Florida?

Saya tidak kira! Mungkin 10 pasang kasut, lebih 30 jenis outfits dan 8 bag serta clutch. Tetapi di sana kami tidak digalakkan membawa clutch atas sebab-sebab keselamatan.

Langkah Francisca Luhong yang seterusnya selepas ini?

Mahu mengukuhkan lagi dalam lapangan dunia hiburan. Juga, saya dapat tawaran biasiswa daripada Yayasan, mungkin mahu sambung belajar ke peringkat master pula. Mahu bina karier dan disamping itu lihat rezeki yang tiba daripada dunia hiburan. Pastinya habis MCO ini saya mahu kembali aktif buat projek Women Rise di Sarawak.

See also
Harnaaz Sandhu Dari India Menang Miss Universe 2021

MOMEN FRANCISCA LUHONG DI NEW YORK!



Artikel Berkaitan: Victoria’s Secret Mendefinisi Semula Makna Seksi Dengan Pelantikan Priyanka Chopra