GLAM Persona: Fyza Kadir... Happier Than Ever - Glam Malaysia

GLAM Persona: Fyza Kadir… Happier Than Ever

Dibaluti kehangatan himpunan musim bunga/panas 2022 kreasi Fendi, tujuh tahun kemudian; aura si jelitawan Fyza Kadir kembali menghiasi wajah hadapan untuk kedua kali. Saling melengkapi dan memperkasakan antara satu sama lain, Wanita rupawan ini tampil bahagia lagi kuat dari sebelumnya dalam menjadi isteri juga mengecapi kematangan diri.

PENGARANG KREATIF: AIZAT AIDID PENGARANG RENCANA: ZUHAIRIE SAHROM KONSEP & PENATA GAYA: WEE CHEE GAMBAR: MICKY WONG SOLEKAN: KHIR KHALID DANDANAN: JACK CHONG PAKAIAN & AKSESORI: FENDI

FYZA KADIR

FYZA KADIR DALAM BALUTAN DRESS MINI, BUT TINGGI DAN PEEKABOO ISEEU, FENDI

Bercerita mengenai dunia kecantikan bersama anak jati Johor ini seperti tiada noktahnya. Terang lagi bersuluh, Fyza memiliki wajah cantik nan rupawan, kulit wajahnya mulus. Tambah lagi, kompleksi rona kulit wajahnya yang tampak segar, sekata lagi bercahaya. “Pemerah pipi dan pengilat bibir barangkali sudah memadai bagi wanita yang selesa bersolek ringkas. Namun, celak mata dan Fyza berpisah tiada kerana penampilan saya seperti tidak sempurna tanpa celak mata. Biarpun, hanya bersantai di rumah, keluar berlibur pada hujung minggu, atau menghadiri majlis tertentu. Celak mata adalah penting untuk menambah seri mata kerana ia berupaya menjadikan mata lebih besar lagi memikat. Kita sering kali didengarkan kalimat ‘mata menceritakan segala isi hati’, dalam konteks komunikasi tidak hanya mulut yang ‘berbicara’, tetapi mata adalah pemula bicarakan bukan? Itulah mengapa, celak penting untuk solekan yang ringkas lagi cepat. Ia tidaklah memakan masa dari mengolahkan solekan dengan pembayang mata. Apa pun, sebelum bersolek pastikan anda menggunakan krim pelembap yang bersesuaian, ia bertujuan untuk mengekalkan kelembapannya. Pelembap kulit bakal mencantikkan kesan solekan dan jangan lupa untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF dan sapukan primer pada wajah. Ini akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut untuk proses solekan. Sekali gus, bertindak untuk menjaga kesihatan kulit wajah berseri bak mentari pagi,” terang Fyza yang berpunya rutin asas penjagaan wajah yang tidak begitu kompleks. Hanya membasuh, menghidrasi dengan pelembab dan serum, turut memakai sleeping mask semalaman yang sudah menjadi kemestian.

DRESS MINI DENGAN JAKET, RANTAI BERLOKET, SUBANG, BUT TINGGI DAN BEG PEEKABOO ISEEU ILHAM FENDI.

Sesiapa saja yang bersinggah bahkan yang mengikuti Fyza di Instagram bakal ‘like’ apa jua perkongsiannya. Lebih-lebih lagi foto-fotonya sewaktu bercuti atau sekadar memperlihatkan gaya seharian OOTD (outfit of the day). Ia nampak mudah dilaksanakan, namun berkali-kali ambil gambar pun, belum tentu ada yang cantik untuk dikongsikan di laman sosial. Lanjut, GLAM bertanyakan “Apakah rahsianya dalam merencanakan gridnya di Instagram dan berapa lama untuknya dalam merakamkan satu OOTD? “Berapa lama itu bergantung pada situasi mahupun apa yang direncanakan saat itu. Maksudnya, bila Fyza membuat kandungan digital atau kempen; ia bakal mengambil masa yang lebih lama dari merakamkan foto-foto liburan percutian. Ia lebih secara spontan, mungkin tidak lebih dari 30 minit,” katanya yang menyimpan hasrat untuk bercuti di Maghribi sekiranya berpunya peluang untuk makan angin setelah lama berkurung kala ini.

DRESS DAN BEG PEEKABOO ISEEU DENGAN CORAK ANTONIO LOPEZ, ANTING-ANTING DAN KLIP RAMBUT ILHAM KIM JONES BUAT FENDI.

Baca lanjut dalam GLAM Mac 2022

See also
Datin Intan Najuwa: The First Duty Of Love Is To Listen

Pautan berkenaan: GLAM Persona: The Talented Misha Omar