Hailey Bieber, the Princess of Cool - Glam Malaysia

Hailey Bieber, the Princess of Cool

Hailey Bieber, isteri kepada penyanyi berpengaruh, Justin Bieber memiliki cita rasa fesyen yang menyimbolkan kebebasan. Dia akan pakai apa Sahara yang dirasakan ‘cool’ dan selesa. Dalam satu video tutorial bersama Vogue, Hailey Bieber barkongsi teknik suai padan baju dan aksesori yang menjadi rencam stailnya.

Dalam masa kita didesak ‘lockdown’ dan wabak Covid-19 yang melanda dunia, ilham fesyen yang sering dikongsi Hailey dalam Instagram-nya datang menyemangati kita. Hailey bagaikan menerbit satu manifesto fesyen yang terkandung pelbagai inspirasi buat kita. Perempuan masa kini wajar menjadikan Hailey Bieber sebagai ikon fesyen.

Perihal fesyen Hailey boleh dwanggap ‘current’. Hailey berekpresi ‘kebebasan’ dalam bergaya. Dia tidak menuruti satu jenis fesyen sahaja, malah dia akan mempelbagaikan stail yang verbena dalam satu minggu.

Kebanyakkannya, Hailey lebih selesa menyarung seluar bersifat kesukanan dalam menempuh hari-harinya. Kata Hailey sendiri, kalau dia punya sesuatu item itu yang digemarinya, dia akan pakai berulang kali. Dan untuk memberi kelainan, Hailey akan padankannya dengan ‘top’ dan tas tangan berbeza. Juga ‘styling’ rambut yang lain-lain. Terima kasih Hailey! Kerananya, memakai sesuatu helaian itu lebih daripada satu kali, bukanlah satu kesalahan dalam fesyen.

See also
Pengakuan Mengejut 11 Selebriti Perihal Hubungan Intim Mereka

Hailey banyak menghabiskan masanya dengan Justin Bieber. Dalam kesibukan Justin, ada kalanya pasangan hangat ini akan dating makan malam di restoran-restoran terkemuka di Los Angeles. Hailey akan ‘dress up’ dalam pakaian yang sesuai pergi makan malam. Dia sering dirakam memakai dres hitam yang cukup seksi, seperti belahan pada kaki, ‘bareback’ atau ‘cut out’ di bahagian depan. Menonjolkan aset-aset Hailey. What s sexy night out. Seperti ‘post’ terbarunya sewaktu menyambut hari jadi yang ke-24 bersama suami di rumah. Hailey in sultry black Yves Saint Laurent gown.

Hailey menganggap dirinya progresif dalam berfesyen. Pabila meluangkan masa di rumah, Hailey gemar pergi berenang atau berehat di tepi kolam renang dalam pakaian mandi. Pakaian mandi pilihannya adalah yang memiliki stail minimal dan tanpa corak berat. Cukup sekadar pilihan warna yang memberi compliments to her body. Segala mungkin yang telah kita pelajari, stail Hailey Bieber merupakan yang terbaik di kalangan generasi baru. Banyak lagi stail Hailey yang cool pernah dikongsikannya melalui akaun Instagram @haileybieber

See also
The 'IT' Bag-Mulberry the Alexa

yves Saint Laurent hailey Bieber

Hailey Bieber cool kids

Hailey Bieber sexy
Hailey Bieber Justin Bieber drew

Justin Bieber Hailey Bieber

Hailey Bieber cool kid

Artikel berkaitan: Justin Bieber bernikah