H&M Summer 2021, Mendorong Inovasi Kelestarian - Glam Malaysia

H&M Summer 2021, Mendorong Inovasi Kelestarian

Jenama global H&M mengukuhkan usaha dalam memperkasakan kelestarian fesyen dengan menghasilkan koleksi dirancang sepenuhnya dengan tema lestari. Berbagai pilihan perkembangan baru dalam industri fesyen yang membantu menginspirasi tenaga organik dan optimis. Ringkasnya, dengan pembangunan lestari yang ada, H&M berpeluang untuk bereksperimen dengan inovasi dan bahan baru untuk meningkatkan mutu produk yang bakal diperkenalkan. 

Maka itu, himpunan H&M Summer 2021 yang telah dilancarkan, helaian yang ditawarkan menepati saranan kelestarian alam sekitar dengan menitikberatkan impak penggunaan tenaga serta menggunakan bahan-bahan yang dikitar semula. Ternyata, H&M kekal dengan matlamat kelestarian dalam industri fesyen, yang mana mementingkan pemuliharaan tenaga dan air dalam setiap aktivitinya. Justeru itu, koleksi musim panas 2021 menggiatkan lagi usaha H&M untuk menghasilkan rekaan berteraskan lestari. 

Untuk koleksi kali ini, H&M memfokuskan kepada rekaan baju mandi  dalam pelbagai stail, di samping itu dihasilkan daripada fabrik bersumber secara lestari. Yang bukan saja selesa dipakai malah menarik dipadankan sebagai gaya bepergian yang unik. 

See also
PLAID VS PRINT

Menurut H&M lagi, tujuan baju mandi konsep lestari dihasilkan adalah untuk merangsang mood serta keyakinan para wanita kala menyarung, sama ada untuk aktiviti renang mahupun dipadankan dengan helaian lain jika pergi bersiar-siar di kawasan pantai. Kerana apa, fabrik yang digunakan sangat selesa untuk dipakai, malah keringkasan yang memaut memberi opsyen gaya yang beragam. 

Helaian-helaian yang terkandung memberi tumpuan kepada penampilan yang chic, bold dan meraikan positif tubuh wanita. Baju renang, dress dan rekaan-rekaan yang lain telah dipastikan siluet yang direka adalah sesuai untuk dipakai oleh semua saiz dan bentuk tubuh wanita. Baik buat wanita yang berbadan gempal, sederhana mahupun yang kurus bersaiz kosong. 

Terdapat beberapa helaian asas dalam koleksi ini seperti, coli sukan, seluar dalam sukan dan top tanpa lengan yang dihasilkan diperoleh dari bahan-bahan kitar semula seperti poliester dan botol yang telah dikitar semula. 

Koleksi ini juga dilengkapi dengan beberapa helaian asas lain yang bersifat ringan dan praktikal, sesuai untuk dipakai sewaktu cuaca terik musim panas. Turut sempurna untuk dipakai bagi mereka yang masih bekerja dari rumah dan suka bergaya biarpun hanya untuk menghadiri mesyuarat secara online. Harus kekal chic, bukan?

See also
MODEL OFF DUTY

Artikel berkaitan: Wardrobe 02 Bottega Veneta Bersifat Joyful Dan Glamor