Antara Momen Menarik Sepanjang Malam Parti 'House Of DiscoveRE'
house of discovere

Antara Momen Menarik Sepanjang Malam Parti ‘House Of DiscoveRE’

Baru-baru ini telah berlangsungnya parti tahunan anjuran Biz Of RE buat kali kedua selepas kejayaannya tahun yang lalu. Kini kembali sebagai ‘House of DiscoveRE’, terlihat ramai selebriti hadir memeriahkan acara parti tahunan terbesar ini.

Syarikat penerbitan Biz Of RE kembali mendedikasikan acara parti tahunan ‘House of DiscoveRE’ bersama-sama majalah naungannya iaitu GLAM, GLAM Lelaki, HARPER’S Bazaar, BazaarMan, EH!, ICON dan juga The Peak. Parti eksklusif dengan kerjasama Samsung ini telah dilangsungkan di Wet Deck, W Hotel, Kuala Lumpur pada 7 Mac 2024 yang lalu.

Bertemakan “All Of the Lights”, dapat dilihat selebriti, pempengaruh digital serta friends of Biz Of RE seperti Scha Alyahya, Nabila Huda, Datin Intan Najwa, Alia Bastamam dan ramai lagi pada malam itu mengenakan busana rona-rona neon yang cukup fun. Parti yang dihoskan oleh Fiqrie Isme itu turut diserikan dengan pelbagai activations menarik disediakan oleh setiap majalah untuk para tetamu nikmati. Lebih menarik, acara ini turut dimeriahkan dengan alunan muzik daripada DJ Ashley Lau serta para tetamu turut membawa pulang produk Nars juga HWC.

See also
Dior Mitzah Himpunkan Solekan Ikonik Pilihan Anya Taylor-Joy

Seiring dengan era globalisasi digital, Biz Of RE bersama Samsung bersepakat meraikan Samsung Galaxy S24 dan menjadikannya sebagai telefon dan kamera rasmi sepanjang acara malam tersebut. Malah, setiap activations yang disediakan pada malam itu turut berkait rapat dengan ciri yang terdapat di dalam telefon pintar ini. Para tetamu berpeluang sendiri untuk merasai pengalaman menggunakan ciri hebat yang terdapat di dalam Samsung Galaxy S24 ini.

Di sudut GLAM, para tetamu yang hadir berpeluang untuk mencuba ciri “Circle To Search” yang terdapat di dalam telefon pintar Samsung Galaxy S24 Utlra. Mereka hanya perlu membulatkan produk yang terdapat di dalam imej diberi langsung secara automatik akan dibawa ke paparan carian. Ramai yang teruja malah rata-rata amat berberpuas hati dengan ciri istimewa yang terdapat di dalam telefon pintar terkini Samsung ini.

Lihat Tetamu Yang Hadir di Parti ‘House of DiscoveRE’

Scha Alyahya, Sharifah Rose

Rita Suraya dan Pasangan, Alicia Amin

Datin Elvina, Angel DOLLA

Natasha Hudson, Ezzati Amira

house of discovere

Whulandary

 

Inarah Sofiya & Syarlene Rahim, Fadlan Hazim & Aiya Mukhamedsalova