Kisah Pengembara Moden Yang Versatil - Glam Malaysia
Kisah pengembara moden

Kisah Pengembara Moden Yang Versatil

Ikuti kisah kelompok pengembara yang punya wardrobe cukup moden dan versatil melalui kempen akhir tahun ilham Fendi. Buat jenama Itali ini, mereka menjulang logo FENDI Roma sebagai watak utama. Lantas, hampir semua dihiasi dengan logo ini. Gabungan baju kait dengan logo FENDI Roma dipadankan bersama skirt. Atau pilihan seperti ceraian tracksuit yang bersifat lebih relaks memenuhi kehendak wanita kini. Buat jejaka pula Fendi taruhkan jaket puffer dalam rona kuning klasiknya. Lilitkan sahaja skarf untuk menambah kehangatan hujung tahun. Menambah kemewahan gaya kembara, ada barang kemas emas yang mengangkat logo FF. Pilihan daripada subang atau rantai yang boleh dipakai menjadi hiasan pinggang!

Kisah pengembara moden
Shopping Bag oleh Fendi yang bermaterial kulit lembut
Kisah pengembara moden
Sedutan filem kempen akhir tahun Fendi

Pautan berkenaan: Aksesori Gajet Fendi x Chaos Buat Wanita Cool

Paling menarik di mata GLAM adalah koleksi kulit yang diinspirasikan daripada bekas beg jualan Fendi. Pertama kali dipertontonkan pada acara pertunjukan Fendi musim luruh 2021 koleksi lelaki dan kini diangkat sebagai fokus utama. Himpunan Shopping Bag oleh Fendi bukan sahaja tampil dalam rona kuning terang, ada juga pilihan dalam palet merah jambu cair. Ia menggunakan material kulit lembut untuk menghidupkan kemasan beg beli belah sebenar Fendi. Ia menzahirkan kisah pengembara moden yang bijak dalam hal mengemas bagasi mereka.

Beg Fendi
Beg Fendi