Louis Vuitton Pre-Fall 2023
louis vuitton pre-fall 2023

Louis Vuitton Pre-Fall 2023 Berlabuh Di Sungai Han

Nicolas Ghesquiere memilih Jambatan Jamsugyo, Seoul bagi mempersembahkan koleksi Louis Vuitton Pre-Fall 2023.

Sebelum ini mungkin acara musim bunga, luruh atau pra-musim bunga yang mendapat pertunjukan khas. Tetapi buat julung kalinya, Louis Vuitton memilih untuk mementaskan koleksi pra-musim luruh mereka pada umum. Ia meletakkan yang koleksi ini juga menjadi satu aset penting kepada klien dan pasaran mewah. Apabila klien sudah mula terbang menikmati percutian luar negara, koleksi pertengahan ini dilihat penting sebagai pengisi gaya mereka. Maka, Louis Vuitton Pre-Fall 2023 berlabuh di Korea. Lokasi yang cukup penting, kerana sudah lama menjadi tempat yang dekat dengan hati Nicolas Ghesquiere.

Seoul mungkin mempunyai banyak bangunan lama atau istana tradisional. Tetapi Louis Vuitton adalah satu jenama yang moden. Maka pemilihan Jambatan Jamsugyo memang tepat dengan selera Ghesquiere. Jambatan ini penting, kerana menghubungkan dua lokasi utama Seoul yakni Gangnam dengan Gangbuk. Ia juga menzahirkan idea tentang perjalanan atau kembara, yang berbalik kepada tunjang utama Louis Vuitton yakni jenama yang kaya dengan idea The Art of Travel.

See also
Stay At Home, But Make It Fashion!

Satu persatu peragawati berjalan sepanjang jambatan 795 meter itu dengan gaya yang cukup moden. Membuka acara adalah muse utama Louis Vuitton, pelakon dan peragawati Korea yakni Hoyeon Jung. Dalam jaket biru bersama skirt kulit sambil membawa beg Alma merah gelap. Tali pinggang bergancu besar, menguatkan lagi signature baharu Ghesquiere dalam rekaan maximalism. Jaket bersifat sporty ini menjadi idea utama koleksi ini dan dipadu bersama karakter parisian chic. Gaya dinamik ini lebih bersifat mewah dengan penggunaan kulit sebagai asas material busana sekaligus mengukuhkan lagi artisanal legasi Louis Vuitton.

Lihat video penuh Louis Vuitton Pre-Fall 2023 di sini

Artikel Berkaitan: 5 Item Wajib Miliki Daripada Louis Vuitton x Yayoi Kusama