Melawat Kembali Antara Tema Met Gala Popular Pilihan GLAM

Melawat Kembali Antara Tema Met Gala Popular Pilihan GLAM

Kehangatan Met Gala kian terasa, esok bakal berlangsungnya acara fesyen gilang-gemilang ini. Ayuh GLAM bawa ada melawat kembali tema Met Gala terdahulu. Yang mana satu kegemaran anda?

Tahun 2024 ini, Met Gala kembali bertemakan “Sleeping Beauties: Reawakening Fashion“, pastinya peminat fesyen dunia tidak sabar menanti apakah busana yang bakal digayakan oleh selebriti ternama yang bakal menghadiri acara eksklusif ini. Bukan itu sahaja, acara yang pasti akan berlangsung setiap tahun pada hari Isnin pertama bulan Mei ini akan mengetengahkan pengalaman sensorial disebalik inspirasi alam dan kehidupan serta berkait rapat dengan dress codenya iaitu “The Garden of Time”.

Di dalam pameran ini, sebanyak 250 item unik dan jarang ditemui daripada koleksi kekal milik Costume Institute akan dipersembahkan. Dan menerusi sejarah industri fesyen selama 400 tahun, anda bakal memperlihatkan koleksi eksklusif hasil ciptaan Schiaparelli, Dior, Givenchy dan pelbagai lagi. Malah, terdapat juga tayangan busana yang cukup rapuh dan tidak mungkin mampu dipakai kembali seperti busana gaun Charles Frederick Worth daripada tahun 1877. Ia akan ditayangkan dalam pelbagai bentuk yang berkaitan dengan ransangan deria seperti animasi video, pantulan cahaya, AI, CGI dan bermacam lagi.

See also
6 Solekan Terbaik Rihanna Sepanjang Karier

Namun, sebelum kita terus rancak berborak tentang ramalan karpet merah acara ini, ayuh GLAM kongsikan tema-tema terdahulu yang cukup popular dan menjadi ingatan sehingga ke hari ini!

Antara Tema Met Gala Popular Sepanjang Zaman

#1 2023: “Karl Lagerfeld: A Line of Beauty”

met gala

#2 2022: “In America: An Anthology of Fashion”

 

#3 2019: “Camp: Notes on Fashion”

met gala

#3 2016: “Manus x Machina: Fashion in an Age of Technology”

#4 2015 Met Gala “China: Through the Looking Glass”

#5 2013: “Punk: Chaos to Couture”

 

Gambar: Getty Images