#MFW-Pelampung Couture di Pool Party Moschino - Glam Malaysia
moschino spring summer 2023

#MFW-Pelampung Couture di Pool Party Moschino

CAKAP GLAM: Peragawati satu persatu keluar daripada belakang pentas dan hampir semua gaya dilengkapi dengan perincian seakan pelampung! Jeremy Scott membawa kisah yang kononnya wanita ini sedang menghadapi inflasi dan perlu kekal terapung, dengan bantuang pelampung. Satira ini yang memberi dia status dalam dunia fesyen sebagai pengarah kreatif yang berjaya. Saban musim ada sahaja ejekan Scott pada dunia. Bebralik apda gaya Moschino Spring Summer 2023, ceraian sut dress yang menjadi perisai wanita bekerjaya ditambah elemen pelampung sama ada pengganti peplum atau menghiasi lapel. Gaun Hitam disertakan dengan pelampung kecil bentuk hati, sebagai penghargaan Scott kepada Franco Moschino. Seni art deco yang cukup dekat dengan rumah fesyen Itali ini cukup jelas dengan pemilihan perincian seperti bolero swan. Acara ditutup dengan gaun-gaun permaidani merah yang ditambah dengan pelampung-pelampung yang kita jumpa di pool party.

VIP: Pastinya setiap kali musim fesyen berlangsung, Moschino adalah jenama yang sering kali dihujani dengan bintang-bintang popular. Mungkin kerana Jeremy Scott itu punya hubungan rapat dengan selebriti Hollywood. Lantas luar panggung akan sentiasa dipenuhi dengan peminat-peminat tegar mereka. Antara yang datang menghadirkan diri ke pesta pool party Moschino Spring Summer 2023 adalah Chiara Feragni, Alessandro Ambrosio, Heidi Klum dan bintang sosial media Kuala Lumpur, Christinna Kuan!

See also
Elemen Sukan Di Emilio Pucci

PILIHAN GLAM

1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse