"Modern Nostalgia" Selamatkan Malayan Tapir - Glam Malaysia

“Modern Nostalgia” Selamatkan Malayan Tapir

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah menjalin kolaborasi bersama jenama pakaian denim jalanan tempatan, Tarik Jeans dalam usaha mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran mengenai Malayan Tapir yang sedang diancam kepupusan. Inisiatif itu dilaksanakan menerusi pelancaran kapsul koleksi “Modern Nostalgia” yang eksklusif.

Koleksi edisi terhad “Modern Nostalgia” menampilkan elemen penting kedua-dua jenama tersebut. Model-model ikonik dan moden Volkswagen digabungkan bersama elemen rekaan vintaj dan klasik tempatan. Koleksi itu terdiri daripada pelbagai barangan seperti kemeja-T, topi, bandana, beg tote, rantai kunci dan pelekat pakaian.

Barangan daripada koleksi “Modern Nostalgia” kini boleh didapati di laman web Volkswagen dan Tarik Jeans, Shopee, Zalora dan di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Sebanyak 50 peratus daripada jualan kempen ini akan disalurkan ke Hutan Simpan Kenaboi, Negeri Sembilan pada Hari Tapir Sedunia, 27 April depan.

Malayan tapir merupakan satu-satunya spesies tapir yang hidup di kepulauan Sumatra, Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand serta mempunyai corak badan yang tersendiri. Tapir mempunyai jangka hayat sehingga 30 tahun, tetapi pembangunan tapak pertanian, pembalakan, diburu untuk dijadikan makanan dan penyeludupan secara haram telah membuatkan jumlahnya semakin berkurangan. Dianggarkan kini hanya terdapat kurang 3,000 ekor tapir sahaja yang tinggal. Slide gambar untuk lihat koleksi ini.

See also
MARION COUNTER

1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse