Moschino “BIJOUX BIJOUX BIJOUX” - Glam Malaysia
Moschino “BIJOUX BIJOUX BIJOUX”

Moschino “BIJOUX BIJOUX BIJOUX”

NYATA MENCETUS KESERUAN PANGGUNG DAN JAJARAN BUSANA KOLEKSI MOSCHINO UNTUK PRA-MUSIM LURUH 2021. “BIJOUX BIJOUX BIJOUX”-YANG KLASIK DALAM OLAHAN BARU. AKSESORI PENDAMPING YANG PALING HANGAT. 

Awalnya, ia merupakan satu koleksi ciptaan terkenal Franco Moschino, namun pengarah kreatif Moschino yang sekarang, Jeremy Scott bersepakat untuk membawanya kembali ke pentas peragaan. Aksesori “Bijoux” yang nyata mewah, mencipta rekaan bersifat ‘avant garde’ pada tiap aspek perhiasan tersebut. Memancarkan stail kontemporari yang bernada kekinian. Scott memadukan aksesori “Bijoux” dalam rencam gaya yang unik dan terlihat eksentrik sewaktu pementasan pra-musim luruh 2021. 

Moschino
Moschino

Merangkumi aksesori utama, seperti tali pinggang berlogo Moschino yang cukup ikonik hingga kemewahan reka bentuk kalung balutan warna emas, koleksi ini menawarkan pelbagai gaya yang diselingi motif utama setiap musim. Setiap “anggota” dari keluarga “Bijoux” ini memiliki keunikan khusus yang terletak pada ukuran dan trik pemakaiannya yang tidak konvensional. 

Setiap rekaan dari rangkaian “Bijoux” menampilkan maskot teddy ibarat loket dalam kemasan emas dan dilengkapi set aksesori tambahan seperti topi baret, kalung choker dan loket serta gelang yang menyerlah reka bentuknya. Menjadikan keseluruhan elemen “Bijoux” layak ditampilkan sebagai warisan multi generasi dan nilai pelaburan terkini. 

See also
Pertunjukan Fesyen Zaman Dahulu!

Idea yang disuguhkan oleh Scott sentiasa memancarkan gaya yang sangat moden dan bernuansa ‘playful’, melalui butiran yang dipersembahkannya untuk menjadi paduan senada mahupun kontra dengan persalinannya itu. Tak dinafikan lagi, Moschino tahu trik sempurna untuk mencipta gaya yang menonjol. 

Koleksi Moschino Bijoux Bijoux Bijoux dilancarkan sekali bersama kempen yang digayakan oleh penata gaya pilihan Scott, Carlyne Cerf dan menggunakan khidmata jurugambar, Luigi & Lango. Model Ugbad Abdi dan Jessie Li pula menghiasi kempen hebat itu. 

Artikel berkaitan: Prada & Festival 2021 Qixi, Bingkisan Buat Yang Tersayang