New Balance Lancar Koleksi Tahun Baru Lunar 2024 - Glam Malaysia
new balance

New Balance Lancar Koleksi Tahun Baru Lunar 2024

New Balance lancar lelaran baharu WRPD RUNNER, 610 juga 1906N untuk koleksi terkini Tahun Baru Lunar 2024! 

Di dalam budaya Timur, tahun 2024 telah diiktirafkan sebagai “Tahun Naga Kayu”. di mana ia melambangkan pertumbuhan, kecergasan serta tenaga padu. Maka dengan itu, jenama hebat New Balance tampil dengan mereka lelaran baharu istimewa buat koleksi perayaan ini dengan harapan masyarakat hari ini tampil lebih kuat bersama juga membawa kemakmuran dan tuah pada tahun baharu ini.

New Balance melancarkan lelaran baharu kasut WRPD RUNNER yang direka secara inovatif, 610 dengan estetika lasak juga 1960N yang diilhamkan retro. Dan setiap koleksi ini mencerminkan ketukangan asli jenama ini membolehkan si pemakai kekal bergaya di musim perayaan ini.

new balance

Menyemai warisan jenama dengan kepentingan budaya Timur, koleksi Tahun Baru Lunar memenuhi keperluan individu dari semua peringkat umur dalam keluarga, meningkatkan keakraban semasa mereka meraikan kegembiraan pertemuan semula. Di dalam koleksi ini, anda bakal menemukan rangkaian pakaian yang terdiri daripada jaket tenunan, hoodie, baju sejuk juga seluar rajutan (knitted), memeriahkan lagi gerobok anda sambil mengutamakan keselesaan dalam bergaya.

See also
5 Gaya Santai Terbaik Selebriti

Koleksi terkini New Balance Tahun Baru Lunar 2024 boleh ditemui di butik Pavilion KL juga The Exchange TRX atau anda juga boleh mendapatkannya menerusi laman rasmi bermula hari ini (5 Januari 2024).

Dekati Koleksi New Balance Tahun Baru Lunar 2024

new balance

New Balance Lunar New Year Collection 1906N

New Balance Lunar New Year Collection WRPD