Nia Atasha Cipta Sejarah Besar Bersama Victoria's Secret - Glam Malaysia

Nia Atasha Cipta Sejarah Besar Bersama Victoria’s Secret

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Victoria’s Secret bekerjasama dengan jurugambar wanita Malaysia untuk kempen khas koleksi T-Shirt Bra. 

Nia Atasha Cipta Sejarah Besar Bersama Victoria's Secret

Victoria’s Secret teruja mengumumkan kerjasamanya dengan Women in Photography untuk melancarkan kempen terbaru untuk koleksi T-shirt Bra. Projek ini mencatatkan sejarah besar buat jenama Victoria’s Secret, yang mana kempen pertama yang dihasilkan oleh kaum wanita sepenuhnya. Meraikan bakat dan kreativiti jurugambar wanita. Secara tak langsung memperkasakan misi wanita dalam bidang fotografi. Seterusnya, bertujuan untuk meraikan kehadiran koleksi T-shirt Bra sebagai simbol gaya yang selesa, penuh gaya dan versatil. 

Lebih mengujakan kempen ini menampilkan bakat tempatan iaitu Nia Atasha. Di samping wajah-wajah dari negara jiran seperti Jane Teoh dan Janie Tienphosuwan. Setiap wanita luar biasa ini memawikili perspektif kewanitaan yang berbeza, merangkumi kekuatan, keaslian dan kepelbagaian. Mereka dirakam berkongsi kisah peribadi, kejayaan dan cabaran mereka sebagai wanita. Sambil menggayakan pakaian dalam T-shirt Bra yang dapat memperkasakan mereka untuk berasa yakin dan selesa dengan kulit mereka sendiri. 

See also
Kolaborasi Koleksi Tekstil Louis Vuitton

Nia Atasha Cipta Sejarah Besar Bersama Victoria's Secret