Produk Fesyen Menarik Pilihan GLAM Untuk Wanita Moden
Produk Fesyen Menarik Pilihan GLAM

Produk Fesyen Menarik Pilihan GLAM

What to shop this month? Seperti biasa, GLAM kongsikan produk fesyen terkini untuk segera dimiliki. Dan tentunya untuk setiap keperibadian wanita moden. 

BUT SAINT LAURENT

produk fesyen SAINT LAURENT

Siluet ankle boots Saint Laurent ini khas untuk wanita moden yang gemar tampil edgy dan berkarakter. Tunjangan yang rendah memberikan postur tubuh panjang yang berani sekaligus timbul penuh percaya diri. Rekaan but terbaru ini hadir dengan balutan serba hitam, namun diserlahkan dengan tumit tinggi rona emas. Menghembuskan nafas kontemporari dengan potongan siluet yang inovatif dan tak terduga. Padankan dengan sepasang celana denim dan T-shirt untuk tampilan kasual yang tetap ekspresif, atau dengan ceraian jaket formal untuk sentuhan muda pada tampilan office chic. 

BEG TANGAN MOSCHINO

produk fesyen MOSCHINO

Beg tangan pergi berpesta yang terbaik. Khas buat wanita-wanita yang suka ke pesta, adalah dicadangkan untuk membawa beg silang Moschino ini. Model beg ini diciptakan tampak tegas dan dibuat menggunakan material kulit grainy. Dapat dipakai dengan cara silang atau gantung, tas ini memiliki ruang yang cukup-cukup untuk menyimpan produk asas ke pesta. Rona hitam dengan hiasan bunga mawar merah memberi satu pernyataan yang mewah. Rupa beg juga sangat mudah dikombinasikan dengan busana pesta. Sesuai buat wanita penyuka aksesori penuh pernyataan. 

See also
Beg Tangan Musim Ini: PRADA Galleria

LOEWE PUZZLE FOLD TOTE

produk fesyen LOEWE

Loewe diangkat sebagai jenama terhangat tahun ini. Bagi anda yang baru mengenali jenama Loewe dan mahu berjinak-jinak dengan Loewe, sebaiknya beli beg tote terbaru Loewe Puzzle Fold. Dengan variasi warna, wujud tote bag kulit yang satu ini membangkitkan spirit musim panas yang segar dan penuh selebrasi. Baik untuk memenuhi semua keperluan saat bercuti, atau sehari-hari ke kerja. Beg tote ini menjadi pendamping sempurna setiap agenda. 

KASUT DIOR

Warna dan reka bentuk kasut Dior ini mengusung tema understated luxury. Hasil kerja tukang buat yang teliti lagi kaya seni ini-menjadikan kualiti kasut terjamin. Koleksi kasut yang versatil yang sekaligus sarat seni. Sememangnya produk fesyen ini perfect for every occasion

Artikel berkaitan: Lima Item Bulan Julai Pilihan Editor Fesyen GLAM