Busana Putih Gaya Selebriti Lokal Yang Stylish & Ikonik
busana putih

Cedok Gaya Selebriti Lokal Bergaya Dalam Busana Putih

Siapa kata menggayakan busana putih amat membosankan? Lihat gaya selebriti dan influencer lokal yang tampil cukup bergaya ini. 

Jikalau dahulu, ramai yang menganggap menyarung busana putih ini ada teknik dan peraturannya. Yang berkulit gelap tidak disarankan menyarung warna ini kerana khuatir diri tampak gelap, putih hanya untuk pengantin yang berkahwin atau juga ada yang mengatakan bahawa warna putih mengundang kepada warna tema upacara kematian. Kesemua persepsi itu boleh diubah dan tidak layak lagi berlegar lebih-lebih lagi di era moden ini.

Pernah ingat, wedding of the year Neelofa dan Haris tahun 2021? Mereka mengundang tetamu untuk hadir dalam persalinan putih seperti mereka. Begitu indah melihat majlis keraian tersebut! Rona putih ini juga sangat sinonim dengan rona sesuai buat musim panas.

Ada sesuatu tentang busana putih yang membuatkan look keseluruhan anda tampil lebih chic walaupun di kala hari panas. Ini kerana putih melambangkan ‘ringan’ dan ‘bebas’ tidak seperti rona-rona lain yang menyerlah.

See also
Sembang Fesyen: Kem Salleh

Tidak hairan jika kita melihat ramai selebriti dan influencer lokal memilih untuk menggayakan busana putih dalam pelbagai gaya sepanjang percutian mereka. Ayuh tengok apakah gaya pilihan mereka yang menjadi kegemaran GLAM!

Lihat Gaya Selebriti dan Influencer Lokal Bergaya Dalam Busana Putih

#1 Kim Raymond

busana putih

Siapa sahaja yang tidak mengenali wanita stylish ini. Amat tertarik sekali apabila Kim Raymond menggayakan vest putih yang dipadu bersama jeans biru lusuh. Vests have entered the fashion group chat in a major way.

Walaupun sudah menjadi trend sejak beberapa tahun yang lalu, trend mengenakan vest ini masih utuh. Baik hanya menggayakan ia begitu sahaja atau padankan bersama top di dalamnya, vest tetap menjadi salah satu wardrobe essential penggemar fesyen seperti Kim!

#2 Amelia Henderson

One-shouldered top ini membuatkan penampilan Amelia Henderson nampak begitu bersahaja di kala sedang lagi bercuti.

Tahukah anda top toga ini memiliki persamaan dengan pakaian bersejarah yang digayakan pahlawan Amazon zaman Yunani purba? Sudah digayakan semenjak dahulu lagi, kemudian berlanjutan ke era ikonik Bianca Jagger dan Elizabeth Taylor sehinggalah kini. Estetika top bahu sebelah ini masih utuh digayakan walaupun kala bercuti seperti Amelia.

See also
Raikan Kemilau Koleksi Swarovski

#3 Scha Alyahya

busana putih

Ikon fesyen tanah air kami gelarkan buat Scha Alyahya, baik bercuti, berkunjung ke pasar atau berlibur malam bersama keluarga dan teman, penampilan wanita ini tetap on point. Lihat sahaja bagaimana Scha menggayakan busana putih sekadar top putih ringkas bersama padanan jeans jalur putih dan sepatu mary jane.

Tanyalah mana-mana Pengarang di setiap meja GLAM, kesemuanya pasti memiliki top putih di dalam gerobok mereka. Senang kata, top putih yang amat simple ini ialah the ultimate wardrobe binder. Percaya atau tidak, top ini mampu menjadi penyelamat kepada situasi “nothing to wear” anda!

#4 Nadia Nasimuddin

Seorang lagi fashionista dan idola kami di GLAM, Nadia Nasimuddin, yang sedang lagi sibuk bercuti di Kota London. Kami tertarik dengan gayanya yang cukup bersahaja di kala bersiar-siar di sekitar kota indah ini.

Mengenakan busana putih yang memadukan skirt panjang dan top dengan hoodie. Tidak cukup dengan itu dia juga menggayakan sunnies serta beg tangan rona putih. One way to celebrate the summer? An all-white outfit! Lihat sahaja Nadia, she looks absolutely chic and cool!

#5 Janna Nick

Selebriti yang baharu sahaja bergelar isteri, Janna Nick, tampil serba cantik dalam sepersalinan busana putih kala bercuti beberapa bulan yang lalu. Busana yang selesa ala-ala busana pyjama ini menjadi trend kini apabila ramai penggemar fesyen menggayakan pakaian ini sebagai pakaian siang hari menggantikan pakaian selesa lain (salah satunya sports luxe attire).

See also
Himpunan Bintang Ternama Yang Memeriahkan Front Row New York Fashion Week

Seperti Janna Nick, sungguh cantik menggayakan persalinan santai ini di kala bercuti di pantai! Rona putih dan pantai amat sepadan dan sukar dipisahkan.

Pautan Berkaitan: Summer Style, It’s BARBIECORE! 5 Selebriti Bergaya Barbiecore