8 Stail Berpasangan Terbaik Di Malam #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024

8 Stail Berpasangan Terbaik Di Malam #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024

Pada tahun ini, GLAM dan GLAM Lelaki telah mengadakan parti fesyen tahunan yang dianjurkan oleh Coach Malaysia di KLoe Hotel, Kuala Lumpur dengan tema ‘Mismatched Chaos‘. Ikuti 8 stail berpasangan terbaik di malam #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024.

Acara yang berlangsung dengan penuh keriaan ini turut disokong oleh Shiseido Professional Malaysia. Setiap tahun, selebriti dan pempengaruh media social yang hadir tidak pernah mengecewakan dengan stail dan gaya mereka yang ikonik. Selebriti dan pempengaruh media sosial pada tahun ini menarik perhatian dengan mengikuti tema fesyen parti untuk tahun ini. Masing-masing telah menunjukkan kreativiti dan gaya unik mereka.

Lebih menarik lagi, acara ini juga turut dimeriahkan lagi dengan selebriti berpasangan. Salah satu pasangan yang telah yang mencuri perhatian adalah Fattah Amin dan Nur Fazura. Antara pasangan yang turut hadir ialah Naddy Rahman, Sharifah Rose, Puteri Afzan Shakira, Kahoe, Yonny Boi, Siti Saleha, Joshua Fitton, Kaka Azraff, Khainina Khalil, Mimi Lana, Yaya Zahir, Nadia Brian, Shalma Ainaa dan ramai lagi.

See also
Memadukan Sukan dengan Esen Cool, Intip Edisi Terhad Michael Kors & Ellesse

Pasangan-pasangan ini telah mempamerkan gaya unik mereka yang mungkin tidak sepadan tetapi tetap stylish dan memikat perhatian ramai. Melalui malam eksklusif ini, mereka bebas untuk bereksperimen dengan fesyen, mencerminkan keperlbagaian dan keunikan dalam dunia fesyen.

Berikut Adalah 8 Stail Berpasangan Terbaik Di Malam #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024

Mari kita lihat 8 pasangan yang menggayakan pelbagai penampilan yang terbaik dan berani untuk keluar daripada zon selesa mereka dengan mencuba gaya fesyen terkini.

1. Fattah Amin dan Nur Fazura

2. Naddy Rahman dan Jazeman Jaafar

3. Puteri Afzan Shakira dan Khairul Fahmy

4. Kahoe dan Aliah Akasyah

stail berpasangan

Kahoe Hon menggayakan jaket kardigan, kemeja-t logo dan beg kulit daripada Coach.

5. Yonny Boi dan Nik Nazira

stail berpasangan

6. Siti Saleha dan Joshua Fitton

stail berpasangan

7. Kaka Azraff dan Adam Azriff

stail berpasangan

8. Athina Kamarudin dan Juju

stail berpasangan

Athina Kamarudin menggayakan baju panas logo, gaun kolar dan beg tangan kuilt daripada Coach.

SIAPAKAH PILIHAN STAIL BERPASANGAN TERBAIK ANDA UNTUK ACARA #GLAMXGLAMLELAKIFASHIONPARTY2024 KALI INI?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)