Summer Ready! Koleksi Musim Panas 2023 Mesti Tahu - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Summer Ready! Koleksi Musim Panas 2023 Mesti Tahu

Summer Ready! Koleksi Musim Panas 2023 Mesti Tahu

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

COACH MUSIM PANAS 2023

Koleksi ini menghimpunkan pakaian untuk lelaki dan perempuan, serta aksesori yang bertema musim panas. Coach mahu pemakai koleksi ini agar bebas berekspresi dan tampil lebih berani. Mencerminkan esensi sejati rumah fesyen Coach yang selalu mengedepankan prinsip body positivity, inklusif, kebebasan, yang disesuaikan dengan identiti tersendiri. 

Siluet yang diketengahkan adalah tentang ‘attitude’ yang relaks dan santai. Satu koleksi yang ringkas dan bersifat cool dalam spirit menanti liburan musim panas. Helaian baju dan aksesori yang mudah untuk disuai padan mengikut gaya peribadi masing-masing. 

Stail musim panas kali ini dikemas kini dengan Coach Signature yang ikonik. Material denim antara ‘highlight’ dalam koleksi ini, yang lebih versatil untuk dipakai. 

Aksesori pula seperti beg tangan dan sepatu mendekati siluet yang versatil yang merupakan elemen khas Coach dalam perspektif yang menyegarkan. Pelbagai beg yang ditawarkan sesuai untuk dibawa kala percutian musim panas khasnya. 

Artikel berkaitan: Tujuh Wanita Luar Biasa Pilihan Kate Spade New York

See also
9 Gaya Ivanka Trump, The Lady in White