Johnny Depp Tandatangani Kontrak Termahal Dalam Sejarah Bersama Dior - Glam Malaysia
Johnny Depp Tandatangani Kontrak Termahal Dalam Sejarah Bersama Dior

Johnny Depp Tandatangani Kontrak Termahal Dalam Sejarah Bersama Dior

Jenama mewah Dior terus memberi sokongan dan memperkukuhkan hubungannya dengan aktor dan penyanyi, Johnny Depp.

Rumah fesyen dan kosmetik ‘gergasi’ dari Perancis itu dilaporkan telah memperbaharui kontrak bersama Johnny Depp sebagai wajah wangian lelaki untuk Dior. Ia merupakan perjanjian terbesar dalam sejarah melibatkan bayaran lumayan melebihi RM90 juta untuk kontrak tiga tahun.

Foto: Dior

Jumlah itu jauh meninggalkan perjanjian RM54 juta yang diterima Robert Pattinson sebagai jurucakap Dior Homme dan RM31.5 juta yang dibayar kepada Brad Pitt untuk mempromosi Chanel No. 5. Sumber dalam industri kecantikan memaklumkan kebanyakan selebriti kelas-A ditawarkan kontrak wangian sekitar RM9 juta hingga RM18 juta. Antaranya bintang Wonder Woman, Chris Pine yang menerima kontrak Armani bernilai RM18 setahun untuk perjanjian selama tiga tahun.

Perjalanan Johnny Depp Sebagai Duta Dior Sauvage

Johnny Depp telah menjadi wajah Dior Sauvage sejak 2015 dengan kempen iklan yang memaparkan dirinya sebagai pemuzik rock. Jenama itu berdepan tekanan untuk menggugurkan namanya sebelum ini selepas dia kalah dalam kes saman fitnah terhadap akhbar The Sun yang menggelarnya sebagai ‘kaki pukul bini’.

See also
Respons Ibu Britney Spears Selepas Tidak Menerima Undangan Ke Majlis Perkahwinan

Johnny Depp

Perbicaraan saman fitnah Johnny Depp menentang bekas isterinya, Amber Heard mendominasi tajuk berita beberapa tahun kemudian. Bagaimanapun Dior teguh dengan pendirian untuk mengekalkan kontraknya. Strategi itu membuahkan hasil apabila peminat berpusu-pusu membeli Sauvage di laman sesawang seperti Sephora dan Ulta sebagai tanda sokongan kepada aktor itu sepanjang perbicaraannya.

Imej bapa kepada dua cahaya mata itu kembali bersih secara mendadak tahun lalu setelah memenangi perbicaraan menentang bekas isterinya. Disebabkan itu, Dior membuat keputusan menyiarkan iklan Sauvage yang dibintanginya pada waktu perdana di saluran Fox. Jualan Dior Sauvage terus melonjak dan Bernard Arnault, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk Dior, LVMH memetik imej Johnny Depp sebagai salah satu penyebab utama mengapa wangian itu meraih kejayaan luar biasa.

johnny depp Dior

Foto: Dior

Sejak dia menandatangani kontrak pertama bersama Dior, Sauvage telah menjadi wangian terlaris di dunia. Malah ia mengatasi wangian wanita terkenal daripada Chanel dan jenama tersohor lain, menurut Business of Fashion.

 

Foto: Dior

Baca: Jual Koleksi Karya Seni, Johnny Depp Berjaya Raih RM16 Juta

See also
Hadiah Buat Hari Bahagia