Swarovski Metamorphosis Meraikan Ekspresi Diri - Glam Malaysia
Swarovski Metamorphosis

Swarovski Metamorphosis Meraikan Ekspresi Diri

Satu kempen mistikal oleh Swarovski bernama Metamorphosis membawa keindahan transformasi kristal yang cukup indah.

Bukakan mindamu dengan kuasa kristal bersama Swarovski yang mampu membawa transformasi cukup indah. Swarovski, melalui kempen Metamorphosis ini mahukan semua berada di luar sempadan kreatif dan tampil lebih berani. Melalui rekaan yang cukup unik lantas menjelmakan nilai keindahan serta kuasa mistikal kristal yang benar.

Swarovski Metamorphosis

Himpunan unik ini mendapat ideanya daripada legasi Austria sendiri. Bilik taman indah yang dicipta oleh Empress Maria-Theresa di Istana Schönbrunn pada abad ke-18 menzahirkan pelbagai inspirasi kepada Giovanna Engelbert, selaku Pengarah Kreatif Swarovski. “Setiap bilik Maria-Theresa ini dipenuhi dengan mimpinya yang sarat fantasi. Dinding dilukis dengan keunikan flora dan fauna yang eksotik daripada seluruh dunia. Dengan cara yang sama, saya mahu mencipta satu taman kristal yang indah serta mampu membawa kegirangan kepada sama,” ujar Engelbert.

Buat koleksi kristal ini, ia hidup bagaikan taman yang dipenuhi dengan fantasi mewah. Barang kemas bersatu dengan bertukar menjadi item yang membahagiakan. Kempen Metamorphosis oleh Swarovski lahir daripada idea buahan tropika, juga haiwan yang eksotik. Masing-masing mempunyai personaliti yang berbeza. Engelbert menyifatkan yang setiap satu koleksi ini mampu menjadi pemankin kepada kreativiti dan kegirangan.

See also
Dunia Kristal Swarovski

Empat karakter utama dipersembahkan buat koleksi ini yakni rama-rama, burung nuri, buah nanas dan penyu. Kempen ini mengunakan koleksi kristal Florere, Idyllia, Gema, Dextera dan Millenia. Lebih indah lagi apabila kempen ini dirakam oleh Steven Meisel dan imaginasi dihidupkan oleh penggayaan artis solekan terkenal, Pat McGrath.

Artikel Berkaitan: 6 Barang Kemas Ratu Elizabeth II Paling Berharga